
BEKAS pengendali skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman sah membimbing Barcelona bagi menggantikan akan menggantikan Quique Setien yang dipecat selepas Barca dimalukan 8-2 oleh Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Jumaat lalu.
Perkhabaran ini dimaklumkan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu yang memaklumkan Koeman merupakan seorang yang sudah dikenali bukan sahaja pemain tetapi jurulatih.
“Koeman akan menjadi pengendali Barca musim depan. Jika semuanya berjalan lancar, Koeman akan menjadi jurulatih. Dia seorang yang sudah dikenali penyokong, bukan hanya seabgai permain tetapi juga jurulatih,” jelas Bartomeu.
Koeman adalah wira Barca bersama pasukan impian Johan Cruyff, di mana dia memenangi empat gelaran La Liga berturut-turut dari tahun 1991 hingga 1994.
Koeman mengendali Belanda sejak 2018 juga merupakan penjaring gol kemenangan pada final Piala Eropah 1992 – kejayaan pertama kelab Catalan itu di pentas tertinggi Eropah.
Add Comment