Badminton Semasa

Leong Jun Hao buru kejuaraan kedua

BAM_8520

 

LEONG Jun Hao selangkah untuk memburu gelaran kedua di kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Selepas muncul juara Divisyen 2, Jun Hao mengesahkan status sebagai juara bagi perseorangan lelaki selepas menang ke atas seterunya yang juga naib juara Divisyen 2, Lim Chong Kim dengan kemenangan straight set 21-13, 21-16 dalam masa 37 minit.

“Saya hanya fikir untuk mencari mata demi mata dalam perlawanan dan tidak fikirkan kemenangan.

“Ketiadaan Lee Zii Jia, Soong Joo Vend an Liew Daren, ia membuka peluang kepada saya untuk mencapai kemenangan,” kata Jun Hao.

Lawan Jun Hao di pentas final pada esok adalah Ng Tze Yong yang menundukkan Aidil Soleh Ali Sadikin juga dengan keputusan straight set 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit.

Kemenangan ini sekaligus meletakkan Tze Yong dikedudukan kedua kumpulan berkongsi tiga mata dengan Jun Hao.

“Saya terlalu mahukan kemenangan sehingga memberi tekanan ketika dipenghujung perlawanan tetapi saya berjaya mengawal perlawanan dan dia (Aidil Sodikin) banyak melakukan kesilapan mudah.

“Jurulatih juga berpuas hati dengan prestasi saya kerana berjaya mengawal perlawanan dan tekanan dengan baik,” kata Tze Yong.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: