Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Ini bukan aksi sebenar Man Utd’

IMG_20200811_173136
WALAUPUN Manchester United mengalahkan Copenhagen pada aksi suku akhir Liga Europa, ia bukanlah aksi terbaik dipamerkan mereka.

Bekas pemain kelab itu, Darren Fletcher, juga menilai Harry Maguire yang gagal menampilkan prestasi sebenar sehingga harus memeras keringat lebih banyak untuk menang ke atas Copenhagen.

“Ini perlawanan yang aneh. Saya tak tahu apakah ini cuma aksi pramusim, sebuah pertandingan akhir musim, dengan cuacanya…United tak boleh mencapai level mereka akhir-akhir ini,” kata Fletcher kepada BBC.

United menguasai perlawanan dengan penguasaan bola 55 peratus dengan melakukan 26 sepakan, 14 sasaran tepat, cuma hanya satu percubaan yang membuahkan jaringan.

The Red Devils masih menunggu siapa lawan di babak separuh akhir Liga Europa.

Pemenang antara Wolverhampton Wanderers dengan Sevilla awal pagi esok selepas ini akan menjadi lawan skuad pimpinan Ole Gunnar Solskjær.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: