Antarabangsa Bola Sepak Semasa

The Bluebirds kekalkan rekod tanpa kalah

CARDIFF City meneruskan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan berturut-turut apabila meraih satu mata menentang Charlton Athletic pada saingan Kejohanan Liga Inggeris 2019/20 di Stadium Cardiff City, awal pagi tadi.

Selepas merekodkan tiga kemenangan ke atas Barnsley (2-0), Leeds United (2-0) dan Preston North End (3-1) anak didik Neil Warnock terus meraih satu mata berharga apabila seri tanpa jaringan menentang Charltin Athletic.

Menguasai 59 peratus perlawanan dan lapan percubaan ke gawang lawan, pelawat berjaya bertahan dan memastikan kedua-dua pasukan meraih satu mata berharga.

Ketika ini, Cardiff City berada di tangga ke enam liga mengumpul 61 mata selepas 40 perlawanan dan bakal menentang Bristol City, 4 Julai nanti.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: