
WALAUPUN menerima beberapa jemputan beraksi di Turki dan Paris, skuad Bawah 19 kebangsaan sehingga kini masih belum mengadakan latihan berpusat sebagai persiapan untuk mengharungi kejuaraan AFC Bawah-19 2020 yang bakal diadakan diTashkent, Uzbekistan.
Difahamkan skuad bimbingan Brad Maloney ini telah dijemput untuk menyertai pertandingan dalam beberapa kejohanan di Eropah termasuklah Kejohanan Empat Negara di Antalya, Turki dari 2-9 Oktober selain pertandingan lain di Paris pada September nanti.
Skuad B19 yang layak ke Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan pada 14 hingga 31 Oktober nanti selepas menewaskan Thailand 1-0 pada aksi terakhir pusingan kelayakan Kumpulan G di Phnom Penh, Kemboja pada 10 November 2019 lalu seharusnya memerlukan perlawanan pemanasan untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk sebelum memulakan kempen AFC mereka di Tashkent, Uzbekistan, dari 14-31 Oktober bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman dalam Kumpulan D.

Jelas Maloney, pihaknya telah menerima beberapa tawaran untuk bermain di Eropah tetapi mereka masih menunggu kebenaran dari kerajaan sebelum mengadakan pertandingan di luar negara.
“Kami sedang mempertimbangkan pilihan, kami empunyai beberapa tawaran dan perlu melihat yang paling sesuai , pasukan yang bakal diditentang serta merancang logistik.
“Kami juga menunggu untuk memulai kem latihan berpusat untuk pasukan, situasi Covid-19 di negara ini telah bertambah baik dan pemerintah telah melonggarkan peraturan untuk kegiatan olahraga.
“Kami telah mendengar bahawa pemerintah akan meredakan lebih banyak peraturan segera dan akan baik buat pasukan untuk memiliki semua maklumat sebelum menjalani latihan.
“Dengan saingan Piala Presiden dan Piala Belia telah dibatalkan sehingga para pemain tidak bermain atau berlatih selama tiga bulan. Kita perlu membuat mereka kembali sihat,” ujarnya dipetik menerusi TheStar.
Pada masa sama, Maloney turut memaklumkan pemain tengah yang berpangkalan di AS Wan Kuzri Wan Kamal, yang beraksi dalam divisyen dua, USL Championship (USLC) bersama kelab Saint Louis Football berada di radar mereka untuk dipanggil menyertai kem latihan berpusat pasukan.
“Kami berusaha untuk memanggil Wan Kuzri mengikuti latihan. Semuanya semakin hampir dan saya percaya kita akan mempunyai gambaran yang lebih jelas pada awal bulan Julai, ” tegasnya.
Untuk rekod skuad B19 akan berdepan Tajikistan pada 16 Oktober 2020, disusuli dua aksi berikutnya menentang Qatar (19 Oktober 2020) & Yemen (22 Oktober 2020).

Add Comment