Bola Sepak Semasa

UsaH percaya kata-kata manis

“Usah percaya dengan kata-kata manis dengan pihak yang menjanjikan bulan dan bintang, inilah kata-kata yang sering diperkatakan Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Kata-kata Baginda mungkin kurang disenangi beberapa pihak tapi inilah hakikatnya,” jelas Presiden PFAM, Safee Sali mengenai pemain muda Luqman Hakim Shamsudin yang dikatakan mendapat tawaran bermain diluar negara.

Bagi Safee, dia mengikuti perkembangan semasa bola sepak dalam negara mengenai pemain tempatan ke luar negara dan terpanggil sebagai Presiden PFAM untuk memberi nasihat supaya pemain muda seperti Luqman tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk kepentingan diri mereka.

“Para pemain perlu tidak mudah percaya kata-kata manis mana-mana pihak yang menjanjikan bulan dan bintang, sepertimana yang sering diperkatakan oleh penaung PFAM, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kata- kata Baginda mungkin kurang disenangi beberapa pihak tapi inilah hakikatnya.

” Saya faham jika ada yang mempertikaikan mereka yang tidak mempunyai sebarang pencapaian atau pengalaman. Tetapi tidak logik pula mempertikaikan TMJ seorang yang menguruskan kelab paling berjaya di negara atau Asia Tenggara di luar dan di dalam padang, bercampur dengan pelbagai pihak dalam dunia bolasepak seperti pemilik kelab, ejen dan pemain dan seorang yang tahu bisnes bolasepak ini mcm mana,” tegasnya.

Safee yang pernah berkelana di Indonesia sebelum ini melihat ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas pemain dengan menjanjikan pelbagai perkara termasuk perpindahan ke England dan Jerman.

“Selepas itu keluar pula berita yang mengatakan perkara tersebut adalah tidak benar. Cukup-cukup lah menggunakan pemain untuk populariti sendiri,” katanya.

Safee pernah berkelana di Indonesia mengembangkan katiernya. (Foto : SafeeSali_10 Official)

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: