
SEMPENA ulangtahun ACASIA yang ke-25, bertemakan“Celebrating 25 years of Camaraderie” yang memberi erti keakraban, kesetiaan dan semangat persahabatan dalam minat yang sama, ACASIA telah menjayakan sebuah program kesihatan secara maya iaitu “ SOFEA Run MCO Fit Challenge” melalui aplikasi yang dibangunkan oleh ACASIA yang diberi nama SOFEA Run.
Aplikasi ini memberi kemudahan bukan sahaja kepada pelari tetapi juga mereka yang mahu kekal aktif untuk menjejak larian dan aktiviti sukan mereka di samping menyertai cabaran dan acara yang diaturkan.
Ketua Pegawai Kewangan ACASIA, Kamal Ariffin Ahmad Nor berkata, program “MCO Fit Challenge” telah dijalankan selama 14 hari dari 10 April 2020 sehingga 23 April 2020.
“Seiring dengan musim bekerja di rumah dan saranan PerdanaMenteri untuk #dudukdirumah, kita perlu mengelakkan aktiviti di luar rumah. Namun, ini tidaklah menjadikan alasan untuk berhenti dari kekal cergas dan sihat.
“Peserta hanya perlu beriadah melalui aktiviti keselesaan masing-masing, hanya di rumah, walau semudah menaiki tangga.
“Informasi dimuat naik keaplikasi SOFEA Run sebagai rekod. Peserta bertuah dipilih berdasarkan kategori peserta paling aktif dan membakar kaloriterbanyak. Selain mengekalkan gaya hidup sihat, peserta jugadapat menyumbang ke Tabung COVID-19 yang dijanakan melalui NADMA, jelasnya pada majlis penyerahan cek dan sesi suai kenal antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan ACASIA di pejabat NADMA, Putrajaya, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Kamal Ariffin Ahmad telah menyampaikan sumbangan dari peserta dan syarikat berjumlah RM 5,000 kepada Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Pasca Bencana, Mohamad Azhan bin Md Amir.
Azahan juga telah berkongsi dengan pihak ACASIA tentang usaha-usaha pihak NADMA dalammembantu individu dan keluarga yang terlibat dalam COVID-19.
Untuk rekod, ACASIA Communications Sdn Bhd, kolabarasi 7 syarikat telekomunikasi di ASEAN yang diterajui oleh Telekom Malaysia (TM) beserta enam lagi syarikat telekomunikasi di Vietnam (VNPT), Singapura (Singtel), Thailand (CAT), Filipina (PLDT), Brunei (neXUS) dan Indonesia (Indosat). ACASIA sebagai pemangkin Gaya Hidup Digital (“Digital Lifestyle Enabler”) menawarkan perkhidmatan “connectivity” dan digital sebagai pengintegrasi komunikasi di rantau ASEAN.
Add Comment