
SERAMAI 38 orang yang menyertai Kem Latihan Pusat Program Road To Tokyo untuk Pusat Latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara yang menjalani ujian swab untuk Covid -19 adalah negatif.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, 38 orang melibatkan atlet, jurulatih, atlet sparring, pengurus sukan, anggota sokongan serta pegawai khidmat sokongan sains dan perubatan sukan terlibat di dalam Kem Latihan Pusat Akademi Badminton Malaysia.
“24 orang juga terdiri daripada atlet, jurulatih, atlet sparring, pengurus sukan, anggota sokongan serta pegawai khidmat sokongan sains dan perubatan sukan untuk Kem Latihan di Pusat Latihan Perahu Layar Langkawi.
“Semua peserta kem telah menjalani ujian swab untuk COVID-19 semasa sesi pendaftaran di pusat latihan masing – masing. Berdasarkan keputusan yang telah di perolehi daripada makmal perubatan BP Healthcare pada hari ini, sukacita dimaklumkan bahawa keputusan untuk ujian COVID-19 untuk Pusat Latihan di Akademi Badminton Malaysia yang melibatkan 38 orang adalah negatif.
“Bagi keputusan Ujian Swab di Pusat Latihan Perahu Layar Langkawi, keputusan ujian masih belum diperolehi daripada makmal perubatan BP Healthcare dan dijangka hanya akan di perolehi pada hari Rabu (3 Jun 2020),” tegasnya.
Add Comment