Pelbagai

PESTANS nasihat penggiat sepak takraw patuhi SOP

PERSATUAN Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS) mengingatkan kepada semua penggiat penggiat sepak takraw khususnya di negeri itu agar mengikuti ketetapan Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan oleh pihak kerajaan dan terus berdisiplin dalam membantu pihak kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid -19

Presidennya, Wan Mohd Husni Abdullah
berkata, semua pihak harus mengamalkan SOP yang telah ditentukan seperti melakukan penjarakan sosial, tidak melakukan sentuhan sesama pemain dan juga tidak melebihi 20 orang yang boleh menjadikan satu perkumpulan besar.

“PESTANS terpanggil untuk mengulas tentang penahanan lapan orang yang sedang bermain sepak takraw di Sungai Petani dua hari lepas.

“Kita tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa kerana mereka juga bertindak di atas laporan yang mereka terima daripada orang awam.. dan mungkin bila pihak berkuasa sampai di sana ada berlaku pelanggaran SOP,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, di Negeri Sembilan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan kerajaan negeri itu juga telah membenarkan aktiviti riadah dan bersukan untuk dilakukan dengan mengikut SOP yang telah ditentukan.

Katanya lagi, dalam perutusan Perdana Menteri juga ada menyatakan bahawa riadah dan sukan outdoor yang tidak melebihi 20 orang dan perkumpulan yang besar adalah dibenarkan.

“Dalam satu laporan berita sukan media elektronik menyatakan bahawa sepak takraw antara sukan yang dibenarkan bersama golf dan badminton.

“Baru-baru ini juga ketika saya berada di satu gelanggang sepak takraw ada dua orang anggota polis hadir bersama dua orang anggota RELA dan mereka bertanyakan tentang aktiviti yang dilakukan.

“… dan mereka melihat SOP yang telah ditentukan telah dipatuhi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ujar Wan Mohd Husni, mereka telah bertanyakan tentang isu permainan sepak takraw ini ke balai polis berhampiran dan jawapan yang diperolehi adalah boleh dimainkan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Kami semua amat menyanjung tinggi barisan hadapan negara seperti pihak berkuasa polis dalam memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

“Saya juga memohon agar semua penggiat
sepak takraw agar menunjukkan disiplin yang tinggi dalam mematuhi SOP ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Harus diingat, permainan sepak takraw dibahagikan kepada dua bahagian. Pemain yang dihadang dengan jaring yang setiap satu bahagian mengandungi tiga pemain dan jika kita lihat sebelum ini mereka akan bersentuhan sesama sendiri ketika ingin melakukan servis atau mendapat mata dan dengan SOP yang baru ini juga mereka tidak lagi bersentuhan,” terang beliau.

Sementara itu, beliau memberitahu, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM)
juga telah merangka SOP permainan yang digunapakai dalam kejohanan STL akan datang dengan mengikuti SOP.

“Saya kira baik juga jika SOP permainan itu PSM edarkan ke negeri-negeri melalui persatuan sepak takraw negeri untuk dihebahkan kepada seluruh pengiat penggiat sepak takraw di Malaysia,” katanya berharap kejadian di Sungai Petani tidak akan berulang lagi.

Jelasnya, pihak berkuasa seperti polis hanya menjalankan tugas mereka dan menggesa semua pihak bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: