Bola Sepak Semasa

Selesaikan secara baik

Stuart mahu ejen yang bertanggungjawab ke atas Mat Yo tampil memberikan penjelasan bagi menyelesaikan isu ini supaya tidak berlarutan.

“KAMI telah berhubung dengan Mat Yo untuk mendapatkan makluman lanjut dan kini hanya menunggu maklum balas dari ejennya untuk memastikan isu ini tidak berlarutan dan menjejaskan perjalanan karier bola sepaknya,” jelas Stuart Ramalingam.

Stuart yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia turut menambah, jika tiada maklum balas dan perkembangan dari ejen yang bertanggungjawab ke atas Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra di kenali Mat Yo barulah FAM akan mengambil langkah seterusnya.

“Saya sudah bercakap dengan Mat Yo dan kini saya hanya menunggu jawapan dari ejen tersebut. Panggilan telefon telah dibuat namun tiada balasan diterima.

“Apa pun pesanan ringkas telah ditinggalkan dan mengharapkan ia segera mendapat perhatian ejen terbabit,” tegasnya ditanya berhubung kedudukan semasa Mat Yo yang mendakwa diabaikan ejennya yang membawa penyerang kebangsaan dan bekas pemain Pahang itu menyertai kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum United, awal tahun ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: