Bola Sepak Semasa

Mat Yo hanya pelancong

EJEN yang bertanggungjawab membawa penyerang kebangsaan dan bekas pemain Pahang, Norshahrul Idlan Talaha menyertai kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum United bukanlah ejen tempatan dan disifatkan sebagai ejen haram kerana tidak berdaftar dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketua Pegawai Operasi Marquee Sports Management Sdn Bhd, Wan Mohd Anwari Wan Amran menjelaskan, melihat kepada apa yang berlaku ke atas Norshahrul Idlan ramai yang menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada ejen tempatan seolah-olah tidak bertanggungjawab.

“Ingin kami jelaskan , ejen yang bertanggungjawab ke atas Mat Yo ini bukanlah ejen tempatan dan dia tidak berdaftar dibawah FAM dengan kata lain ia adalah ejen haram.

“Jadi jangan kaitan apa yang menimpa ke atas Mat Yo ada kaitan dengan ejen tempatan, memang kami bersimpati dengan Mat Yo tetapi inilah yang perlu dihadapi dan diterima seseorang pemain apabila diuruskan ejen yang tidak berdaftar dengan FAM,” jelasnya ketika dihubungi CakapSukan sebentar tadi.

Wan Mohd Anwari

Wan Mohd Anwari yang juga mewakili ejen tempatan yang berdaftar dengan FAM juga mahu pemain-pemain menjadikan isu yang menimpa Mat Yo sebagai pengajaran seandainya mendapat tawaran beraksi di luar negara.

“Apa yang saya lihat Mat Yo juga mungkin ada silapnya tidak meneliti dengan terperinci dan meyerahkan segalanya kepada ejen tersebut. Jika perkara ini diperhalusi dan diurusan ejen tempatan yang berdaftar saya rasa perkara seumpama ini tidak akan menimpa dirinya,”tegasnya.

Wan Mohd Anwari (kanan) turut mengenali Abdul Halim Abdul Shukor (kiri) yang merupakan ejen membawa Mat Yo berkelana di Thailand.

Norshahrul Idlan yang kini berkelana di Thailand pada Januari lalu kini berdepan masalah ekoran ejen yang bertanggungjawab ke atas dirinya gagal dihubungi.

Berdasarkan maklumat yang diterima CakapSukan, difahamkan ejen Thailand yang bertanggungjawab menguruskan perpindahan ini juga gagal dihubungi bagi membantu menyelesaikan masalah yang melanda Mat Yo.

Pada awal tahun ini, bekas pemain Kelantan, Terengganu, ATM, Felda United serta Pahang ini mencipta nama apabila melebarkan sayapnya untuk berkelana bersama kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum United bagi musim 2020.

Mat Yo bukan pemain Malaysia pertama yang beraksi di Liga Thailand selepas penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi pernah menyarung jersi Nakhon Ratchasima secara pinjaman dan pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Dominic Tan bersama Police Tero FC.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: