motorsport

Kasut jenama Monitor Taja Pasukan Petronas SRT

Kasut jenama monitor adalah generasi baharu kasut keselamatan berdasarkan kasut hiking teknikal. Pengalaman dan pengetahuan mendalam tentang anatomi kaki, digabungkan dengan teknologi pembuatan alas kaki terkini, ianya menjadi sepasang kasut yang memiliki kriteria bagi kasut keselamatan masa depan. Logo Monitor akan dipaparkan di bahagian depan motor, bersama PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team di MotoGP dan PETRONAS Sprinta Racing di Moto2 dan Moto3 serta di sut racing pelumba. Semua kru PETRONAS SRT di ketiga-tiga kategori akan memakai kasut ini dengan model Moniflex mereka.

“Memandangkan kumpulan sasaran kami mempunyai minat yang mendalam dalam sukan motorsport, kami melihat perkongsian ini sebagai langkah pertama dalam usaha kami di Eropah dan cara untuk meningkatkan kesedaran jenama kami. MotoGP adalah sukan yang sangat popular sehingga kami menjangkakan untuk mencapai ramai peminat baru pada tahun 2020. Kami menyokong penuh PETRONAS Sepang Racing Team untuk kempen kejuaraan mereka di masa hadapan.” Fredrik Claesson, Pengurus Pemasaran

“Kami gembira mendapatkan Rakan Kongsi Gaya Hidup yang baru dengan Monitor untuk musim 2020. Monitor adalah jenama membangun yang menarik sehingga terdapat banyak persamaan antara mereka dan kami. Di sepanjang perlumbaan, kru kami menghabiskan banyak jam di pit mereka dan keselamatan dan keselesaan adalah keutamaan kami. Kasut jenama Monitor ini sangat memberi manfaat. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Monitor pada tahun 2020. “”Razlan Razali, Ketua Pasukan, PETRONAS Sepang Racing Team

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: