Bola Sepak

Nazmi Faiz semakin matang


Nazmi mempamerkan aksi berkualiti bagi memastikan pasukan meraih tiga mata.

NAZMI Faiz Mansor bukanlah satu nama asing buat dunia bola sepak tempatan satu masa dahulu, bakat muda yang dilihat antara permata yang bersinar dan mampu mengecapi kejayaan dalam profesional bola sepak.

Dilahirkan pada 16 Ogos 1994 di Lembah Keramat, Kuala Lumpur, individu yang dikenali sebagai Nami di kalangan rakan terdekat, sering dikaitkan mempunyai gaya permainan seperti beberapa bintang besar bola sepak seperti Kaka, mampu melakukan hantaran jauh dan tepat seperti Cesc Fabregas dan Xabi Alonso.

Membuat penampilan pertamanya di dalam skuad Harimau Malaya semasa menentang Thailand Sukan SEA 2011. Jaringan pertamanya di peringkat antarabangsa ialah semasa perlawanan menetang Bahrain kelayakan Olimpik di Stadium Nasionanl Bukit Jalil.

Sepatutnya pada tahun 2011 dia menduduki SPM. Oleh kerana terlibat dengan perlawanan antarabangsa skuad Harimau Malaya dalam Sukan SEA Indonesia 2011, maka Nazmi hanya akan meduduki SPM pada tahun 2012. Nazmi pernah menjadi Kapten Pasukan Bolasepak SSBJ U15.

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Menjadi pemain bola sepak profesional sememangnya tidak pernah terlepas dengan isu dalam mahu pun luar padang dan perkara ini hingga dilihat meruntuhkan semangat dan prestasi seseorang pemain.

Beraksi dibahagian tengah dan mampu menyerang, Nazmi juga pernah melalui detik sukar apabila menumbuk kapten Qatar U22, Abdelkarim Hassan pada perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 vs Qatar U22 berlangsung di Stadium Shah Alam pada 16 Jun 2012.

Nazmi juga pernah digantung enam perlawanan ketika mewakili skuad negara di Sukan SEA Singapura pada pertengahan tahun ini apabila didapati bersalah meludah pemain Timor Leste pada 2015 selain dilayangkan kad merah kerana meludah penyerang Kelantan, Erwin Carillo pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, pada tahun yang sama.

Selepas menamatkan peringkat sekolah rendah, Nazmi ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Sukan Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, Shah Alam dan pada tingkatan empat beliau ditawarkan menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Nazmi telah menjadi pemain Beira-Mar secara rasminya pada Ogos selepas berumur 18 tahun. Setelah itu beliau pulang ke Malaysia dan mengikut undang-undang ketika itu bekas pemain Harimau Muda perlu pulang semula ke negeri asal tetapi beliau pergi ke PKNS FC dan bukannya Selangor FA kerana PKNS juga merupakan pasukan dari Selangor tetapi akhirnya beliau pergi juga ke Selangor FA pada 21 April 2014 sebagai pemain Selangor FA dan menyarung jersi 8.

Menyertai Harimau Selatan pada 2017, pemain yang mampu melakukan rembatan dari luar kotak penalti pada awalnya bergelut untuk merebut tempat dalam skuad yang berpengkalan di Selatan tanah itu memandangkan mereka memiliki pemain seprti Safiq Rahim, Shakir Shaari dan Harris Harun ketika itu.

Tersenarai dalam kesebelasan utama ketika menentang Suwon Bluewings.

MULA PAMER BISA

Ketika semua mata memerhatikan kelibat Safawi Rasid, Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera, Nazmi membuktikan gerakan serta hantaran disetiap babak memastikan tiga mata penuh buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menewaskan Suwon Bluewings 2-1 pada aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Hantaran menarik pada minit ke 10 kepada Diogo memaksa pertahanan lawan Min Sanggi menjatuhkan Diogo dalam kotak penalti dan Cabrera yang mengambil sepakan itu menyepak bola tepat ke penjuru kanan menewaskan penjaga gawang pelawat, Dong-geon.

Nazmi yang berjaya menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar, pada 21 Mei 2012 sebelum menamatkan kontrak tiga tahun dengan kelab tersebut selepas tujuh bulan untuk pulang beraksi dalam liga tempatan terus membuktikan reputasinya apabila membuat hantaran lintang menarik kepada Nascimento menanduk bola kemas untuk gol kemenangan pasukan.

MASA UNTUK BANGKIT

Melihat kepada prestasi semasa yang dipamerkan Nazmi baik dalam latihan mahupun perlawanan, inilah masa terbaik buat pemain kelahiran Lembah Keramat, Selangor ini bangkit dari episod lampau dan memburu kejayaan buat pasukan dan kepuasan diri.

Kecederaan semasa dialami kapten JDT, Hariss Harun yang diketepikan akibat cedera ketika sesi latihan terakhir menjelang pertembungan menentang kelab dari Korea itu itu secara tidak langsung memberi peluang buat dirinya membuktikan kemampuan.

Pesanan CS, rebutlah peluang yang ada demi masa depan dan kejayaan pasukan, dugaan dan cabaran akan mematangkan seseorang dan kini NAZMI DAN MATANG….


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading