
LAPAN gol terhasil pada saingan Liga Premier 2020 yang berlangsung malam tadi dengan Pulau Pinang selaku tuan rumah menggunakan kelebihan dilaman sendiri menewaskan Sarawak United 4-2.
Namun nasib berbeza diraih Selangor II dan Perak II apabila tumbang digelanggang sendiri ketika berdepan Terengganu FC II dan Kelantan United FC.

Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Majung, Seri Manjung pula, pendatang baharu Liga Premier, Kelantan United FC membuktikan keyakinan apabila meraih tiga mata menewaskan Perak II hasil jaringan tunggal, Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit ke-84.
KOMEN KETUA JURULATIH PERAK II, ABU BAKAR FADZIM
“Komitmen pemain yang diturunkan nampak positif dengan kesungguan mereka ingin mencabar lawan. Bukan rezeki kami malam ini, sedikit kesilapan pada penghujung perlawanan menghampakan mata buat pasukan”.

KOMEN KETUA JURULATIH KELANTAN UNITED FC, ZAHASMI ISMAIL
“Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, aksi pertama dalam siangan Liga Premier ditempat lawan. Alhamdulillah, kepuasan hati menewaskan lawan yang sebelum ini kita tahu mereka beraksi dalam saingan Liga Super”

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pula, Ketua Pasukan pelawat, Mohd Amri Yahyah gagal memastikan skuadnya meraih tiga mata apabila kecundang 2-4 pada aksi sulung ditempat lawan.
Dua gol dari bekas penyerang Felcra FC dan Melaka United, Casagrande pada minit ke 7 dan 40 serta satu gol masing-masing dari Amer Azahar (m35), Endrick (m53) sudah cukup menafikan dua gol jaringan pelawat yang dihasilkan Milad Zanipour (m43) serta bekas penyerang PKNS FC, PDRM , Patrick Ronaldinho Wleh.

Dalam saingan Liga Super yang turut berlangsung malam tadi, dua pendatang baharu, PDRM dan Sabah meraih mata pertama musim ini selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Kegagalan jentera serangan kedua-dua pasukan itu menyudahkan beberapa peluang terhidang menyaksikan mereka sekadar berpuas hati dengan satu mata.

KOMEN KETUA JURULATIH PDRM FA, MOHAMAD ISHAK KUNJU MOHAMAD.
“Puas hati dengan komitmen pemain , dari mula hingga habis mereka berikan yang terbaik. Matlamat kami untuk dapatkan tiga mata , tetapi dalam bola sepak segalanya boleh berlaku, dapat satu mata pun bagi saya Alhamdulillah”.
KOMEN KETUA JURULATIH SABAH FA, KURNIAWAN DWI YULIANTO
“Saya hargai perjuangan pemain dengan satu mata yang diraih. Ini catatan positif buat kami apabila beraksi ditempat lawan. Mungkin ini perlawanan pertama”.

Aksi di Stadium Tun Abdul Razak , Jengka pula menghasilkan keputusan tuan rumah Felda United dan PJ City berkesudahan seri 1-1.
Jaringan pembukaan perlawanan hanya terhasil selepas 47 minit permainan apabila rembatan leret Arif Farhan berjaya meletakkan The Fighters didepan sebelum bekas pemain Selangor, Mahali Jasuli apabila bekas pemain Selangor itu meledak gol penyamaan pada minit ke-74.
KOMEN KETUA JURULATIH FELDA UNITED FC, NIDZAM JAMIL
“Pada separuh masa kedua selepas mendahului lawan kita berubah sikap dan tidak cuba menyelesaikan masalah dengan dua penyerang import lawan”.

KOMEN KETUA JURULATIH PJFC, K DEVAN
“Kami berjaya menghasilkan dua peluang terbaik menjaringkan gol, walupun hanya satu, saya gembira dengan satu mata yang diraih pada perlawanan pertama”.
KEDUDUKAN TERKINI SAINGAN LIGA PREMIER

Add Comment