Uncategorized

Pablo Mari sertai The Gunners


Mari pemain pertama era Arteta yang dibawa ke Emirates.

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal akhirnya menoktahkan urusan perpindahan Pablo Mari dari Flamengo, semalam.

Kedatangan Mari layak dianggap sebagai salah satu pembelian terbaik Arsenal pada jendela perpindahan pemain bulan ini.

Apa tidaknya, Mari hadir ke Stadium Emirates berstatus sebagai pemain pinjaman sehinhga akhir musim ini. Dalam tempuh itu, dia harus berusaha membuktikan diri untuk mendorong Arsenal mengubah statusnya jadi pembelian secara kekal.

Mari juga merupakan pembelian pertama Arsenal pada era Mikel Arteta. Pemain pertahanan tengah 26 tahun ini dianggap sebagai solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah di bahagian benteng The Gunners.

Kedatangan Mari juga menunjukkan perubahan cara kerja pihak pengurusan Arsenal.

“Izinkan kami meminjam pemain anda dan melihatnya adakah dia cukup bagus selama beberapa bulan. Jika bagus, kami akan membelinya secara tetap.”

Dipetik dalam Football London, status kontrak Pablo Mari cukup mengejutkan. Arsenal boleh meminjam, tapi tidak diwajibkan membeli.

Berikut adalah kenyataan daripads Arsenal sepanjang rundingan dengan Flamengo:

“Izinkan kami meminjam pemain anda dan melihatnya adakah dia cukup bagus selama beberapa bulan. Jika bagus, kami akan membelinya secara tetap.”

Memang benar, Raul Sanllehi atau Edu tidak mengungkapkan kata-kata seperti itu, tetapi jalan ceritanya tetap sama.

Dengan Arsenal yang kini sedang bergelut, urusan rekrut Mari ke London jelas amat bagus.

Selebihnya, Arsenal hanya perlu membayar 4 juta poundsterling untuk meminjam Mari hingga akhir musim ini dan perlu membayar baki 8 juta pounds lagi jika ingin membelinya secara kekal nanti.

Mari berpotensi boleh membantu Arteta mengharungi baki musim ini, khususnya sejak kecederaan menimpa Callum Chambers dan Shkodran Mustafi.

Status kontrak Mari bukan berkisar masalah wang, tapi tentang peranan Arsenal dalam mengendalikan urusan perpindahan pada tengah musim.

Status pinjaman Mari ini juga mengisyaratkan bahawa Arsenal masih belum terlalu yakin dengan kemampuan Mari. Dia berpotensi, tapi belum pasti mampu bersinar di EPL.

Jika Mari gagal dan tidak konsisten, kelab perlu mengembalikannya ke Flamengo akhir musim nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d