Uncategorized

Penyokong Manchester United serang rumah Ed Woodward dengan balingan Flare

BERITA kurang enak melanda kem gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Rumah Naib Pengerusi kelab Manchester United, Ed Woodward dikatakan diserang oleh sekelompok individu tidak dikenali.

Namun begitu, dipetik menerusi BBC Sport, sekelompok individu itu dipercayai merupakan penyokong Manchester United yang membuat kekacauan di rumah Woodward yang terletak di Chesire awal pada tadi.

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seseorang yang berdiri di depan pagar rumah melempar flare yang menyala ke halaman rumah Woodward.

Bukan itu sahaja, sekelompok individu tersebut juga menyanyikan chant bernada ofensif, dengan lirik ‘Ed Woodward akan mati’.

Woodward yang telah berkahwin dan memiliki dua buah hati yang masih kecil kebetulan tidak berada di rumah semasa serangan dilakukan.

“Kami tahu bola sepak dunia pasti akan berdiri teguh di belakang kami dan kami bekerjasama dengan Polis Manchester untuk mengenalpasti pelaku serangan yang tak bertanggungjawab ini”

Manchester United keluar kenyataan rasmi

Tidak lama selepas berlakunya insiden itu, Manchester United telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini.

The Red Devils menegaskan bahawa mana-mana individu yang terbukti terlibat dalam serangan jenayah ke rumah Woodward ini akan dihukum larangan menonton aksi United di stadium seumur hidup.

“Penyokong menzahirkan pendapat mereka itu satu hal yang lain tapi kerosakan jenayah dan niat untuk membahayakan kehidupan orang tidak wajar. Perkara ini tak boleh di toleransi.

“Kami tahu bola sepak dunia pasti akan berdiri teguh di belakang kami dan kami bekerjasama dengan Polis Manchester untuk mengenalpasti pelaku serangan yang tak bertanggungjawab ini,” kata kenyataan itu.

Prestasi Manchester United yang tidak konsisten musim ini membuat kebanyakan penyokong mereka berang. Woodward dituduh menjadi salah satu kemerosotan skuad The Red Devils.

Malah, sikap Manchester United yang cukup pasif pada jendela bursa perpindahan pemain sepanjang Januari ini dikatakan merupakan salah satu punca daripada Woodward.

Manchester United ketika ini menduduki tangga kelima EPL dengan 34 mata, ketinggalan 33 mata dari pendahulu liga sekaligus seteru tradisi sepanjang zaman, Liverpool.

Sumber: BBC Sport

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: