Mungkinkah Brunei bakal sertai Liga Malaysia

Hamidin (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Matusin (tengah) selepas mengadakan perbincangan dua hala di Wisma FAM, sebentar tadi.

PELUANG dan aspek kerjasama dalam bola sepak antara intipati yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Perbincangan yang dihadiri Presiden NFABD, Pengiran Haji Matusin Pengiran Haji Matasan dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan membincangkan mengenai peluang dan aspek kerjasama yang boleh diteroka antara Brunei-Malaysia.

Kerjasama ini dilihat sebagai medan penyatuan dan mengukuhkan lagi jalinan ukhwah dua negara yang sebelum ini sememangnya memiliki sejarah yang cukup kuat dalam bola sepak.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi pertukaran maklumat, informasi di samping berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam meningkatkan tahap liga bola sepak di kedua-dua negara serta bola sepak rantau ini.

Berdasarkan reaksi dari peminat dan penyokong bola sepak tempatan dalam Facebook FAM, rata-rata mereka memberikan pandangan dan bersetuju Brunei turut serta dalam saingan Liga Premier memandangkan saingan tersebut banyak disertai pasukan feeder.

Terdapat juga komen nakal dari penyokong yang mengharapkan Brunei menyertai saingan Liga M kerana Brunei kaya, kalau melabur dalam industri bolasepak dan hantar satu wakil bertanding dalam Liga M boleh saingi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Leave a Reply

%d bloggers like this: