Uncategorized

FAM-PDRM capai kata sepakat

Penstrukturan pembayaran secara berkala untuk gaji tertunggak kepada pemain dan pegawai serta usahasama antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Persatuan Bola Sepak PDRM (PDRM FA) khususnya dan kemas kini Peraturan Pelesenan Kelab FAM 2020 antara beberapa perkara yang dibincangkan pada seisi kunjungan hormat FAM ke atas PDRM FA, yang berakhir dengan nada positif di Pulapol, sebentar tadi.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan pertemuan yang juga kunjungan hormat pertama untuk tahun 2020 ini sebagai pembuka mata kedua-dua pihak.

“FAM menyambut baik cadangan itu namun mengingatkan pasukan untuk membuat perjanjian bertulis bersama pemain ataupun pegawai terbabit yang bersetuju dibayar secara ansuran bagi mengelakkan sebarang masalah,” jelasnya.

Hadir sama Presiden Persatuan Bolasepak PDRM yang juga Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Mazlan Mansor bersama barisan exco FAM dan juga barisan exco PDRM.

Kunjungan hormat ke atas PDRM adalah yang kelapan selepas FAM ke Majlis Sukan India Malaysia (MISC), Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM),Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Persatuan Bolasepak Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

Hamidin turut menjelaskan kunjungan hormat ini selari dengan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE) yang dilancarkan selaras dengan Pelan Hala Tuju FAM 2019-2030 F:30.

“Kami di FAM sememangnya sentiasa memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal serta pembangunan pertandingan kepada ahli gabungan.

“Menjadi hasrat dan cita-cita FAM untuk sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan ahli gabungan. FAM turut menyeru penglibatan anggota polis wanita dalam sukan bola sepak mahupun futsal dipertingkatkan PDRM bagi memastikan penglibatan pemain wanita anggota polis terus konsisten,” katanya.

Sementara itu, Mazlan memaklumkan pasukan PDRM adalah pasukan yang kerdil beroperasi dengan sumber kewangan yang kecil.

“Maka kami ingin curahkan bakti dan sumbangkan idea dalam memastikan kelangsungan PDRM dalam Liga Malaysia terutama dalam sukan bola sepak tanah air khususnya,” ujarnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: