
Merpati Bali kembali mencatat kemenangan dalam Kejohanan pra-musim Piala Srikandi 2020 yang berlangsung di GOR Remaja Pekanbaru, hari ini.
Pada perlawanan itu, pasukan bimbingan Bambang Asdianto Pribadi berjaya mengalahkan pasukan dari Malaysia, Penang Stallions dengan skor akhir 94-40.
Tirsa Cecillia Londa, pemain Merpati bernombor tiga menjadi pemain terbaik hari ini, setelah dia berjaya mengumpulkan keseluruhan 19 mata, tiga rebound, lima assist, dua steal dan satu blok.
Kapten pasukan Merpati, Fitria Ramadhani Madjid juga tampil baik dengan koleksi 14 mata, empat assist dan tiga rebound. Dua pemain Stallions menghasilkan double mata, iaitu kapten Lo Chier Jia (14) dan Christine Goh Khang Yuin.
Meskipun menang besar, Bambang Asdianto Pribadi belum berpuas hati dengan kekuatan para pemainnya. Ini kerana, Stallions merupakan pasukan junior yang levelnya masih dibawah Merpati Bali.
Catatan statistik memperlihatkan bahawa Merpati Bali mencuri 35 mata hasil dari kesalahan lawan, kemudian 18 mata dari second chance points. Para pemain simpanan Merpati juga memberikan koleksi mata yang banyak untuk pasukannya dalam permainan hari ini dengan sumbangsih 40 mata, berbeza dengan Stallions yang hanya mengutip lapan mata saja daripada pemain simpanannya.

“Penjagaan one on one defense kami hari ini kurang sempurna. Ditambah lagi peratus tembakan bebas kami tidak sebaik permainan sebelumnya (93 peratus ) hari ini cuma 60 peratus (18 masuk dari 30 peluang ). Kejohanan ini menjadi medan pemilihan bagi staf kejurulatihan untuk melihat siapa saja yang akan kami pertimbangkan untuk masuk dalam jadual liga.
“Setidak-tidaknya, dari pemantauan kami dapati ada enam pemain yang mungkin bergabung bersama pasukan utama Merpati,” katanya sejurus perlawanan berakhir.

Dalam pada itu, penasihat pasukan Penang Stallion, Tan Chee Wan mengakui kekuatan yang dimiliki Merpati Bali.
“Saya tahu mereka adalah pasukan juara liga dan masih menyimpan pemain utamanya menghadapi liga nanti. Kuarter pertama kami boleh melawan Merpati, lepas itu Merpati bermain bagus dan mula menjauhkan mata.
“Para pemain banyak belajar dalam permainan ini. Beraksi cuaca yang panas sekaligus mengurangkan ketahanan pemain. Selepas ini, kami akan mempersiapkan stamina yang baik. Sebab jika fizikal bagus, kita juga bagus saat menyerang dan bertahan,” katanya.
Add Comment