Uncategorized

Penang Stallion kalahkan Pekanbaru Allstars

Pasukan bola keranjang wanita Malaysia, Penang Stallions berjaya mengalahkan tuan rumah Pekanbaru Allstars pada kejohanan pra-musim Piala Srikandi 2020 yang berlangsung di GOR Gelanggang Remaja Pekanbaru, semalam.

Penang Stallions yang dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan era 1980an, Tan Chee Wan berjaya meraih kemenangan dengan keputusan 73-67.

Menariknya pada perlawanan ini, kedua-dua pasukan masih belum meraih sebarang kemenangan.

Bermula minit pertama sahaja, tuan rumah mahupun Penang Stallions saling kejar-mengejar mata.

Dua kuarter awal menjadi milik Penang Stallions (21-15, 40-37). Pekanbaru sempat mendahului situasi di kuarter ketiga (58-55), sayangnya Cindi Napitupulu lambat mengekalkan momentum, sehingga membenarkan Penang Stallions menang dengan perbezaan enam mata untuk menutup kuarter keempat.

Kapten pasukan Penang Stallions, Lo Cher Jia memimpin rakan-rakannya dalam senarai pencetak mencetak mata (19 mata, 15 rebound, empat Assists , dua steal, satu blok).

Tidak hanya Lo Cher Jia yang tampil aksi memberangsangkan , pengatur serangan Stallions (nombor 6) Lim Shi Yu, juga menyumbang 18 mata dengan masing-masing sembilan assist dan rebound.

Manakala, untuk pasukan Pekanbaru Allstars, Sumiati menjadi top skor dengan membuat 21 mata, disusuli kapten pasukan mereka Cindi Napitupulu (14) dan Anggi Tri Murni (13).

“Kami bertuah untuk menang ke atas tuan rumah. Pekanbaru bermain dengan penuh semangat, apalagi mereka sama-sama ingin meraih kemenangan pertama.

“Pada perlawanan ini kami memang mahu menang, tapi corak permainan tidak sesuai apa yang saya harapkan. Di kejohanan ini, saya ingin para pemain terus meningkat setiap perlawanan demi perlawanan,” kata Tan Chee Wan.

Sementara itu, jurulatih tuan rumah, Dewit Yan tetap berpuas hati aksi anak didiknya walaupun tewas kepada Penang Stallion.

“Sebenarnya hari ini kami secara keseluruhan bermain cukup bagus. Sepatutnya kami boleh ambil perlawanan ini, tapi kita kurang sabar dan kerjasama antara pemain masih kurang.

“Saya cuma berpesan pada baki perlawanan nanti, yang penting jangan fikirkan mata atau kalah, tapi bermainlah dengan semangat, enjoy dan perbaiki komunikasi di atas gelanggang,” katanya selepas pertandingan.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: