Uncategorized

LEE ZII JIA TERIMA SUNTIKAN SEMANGAT, DIUMUM SEBAGAI DUTA 100PLUS


Pemain yang sedang meningkat naik, Lee Zii Jia mengikuti jejak legenda badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei selepas dipilih menjadi duta 100PLUS. Pemain perseorangan berusia 21 tahun kelahiran Kedah itu menandatangani perjanjian dengan 100PLUS selama dua tahun.


Pengeluar minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS mengumumkan kerjasama dengan Zii Jia menerusi sidang media di Arena Axiata hari ini. Turut hadir, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Norza, Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh dan Pengurus Pemasaran 100PLUS Leong Wai Yin.


“100PLUS merupakan jenama terkemuka di negara ini dan terpilih untuk menjadi duta merupakan penghargaan diatas kerja keras yang telah saya lakukan. Sebagai pemain, kerjasama ini akan menaikkan lagi semangat untuk mencapai keputusan yang lebih baik,” kata Zii Jia.


“Bagi saya, kerjasama ini hadir pada waktu yang tepat sebelum Perodua Malaysia Masters dan lebih penting, temasya Olimpik Tokyo yang akan berlangsung kelak. Saya mengharapkan permulaan yang baik minggu ini dan akan berikan yang terbaik di Olimpik Tokyo untuk membanggakan nama Malaysia. Akhir sekali, saya berterima kasih dengan BAM dan 100PLUS kerana menyokong dan menjadikan kerjasama ini sebagai kenyataan,” katanya.


Zii Jia akan mengikuti jejak langkah Chong Wei yang menjadi duta 100PLUS sejak 2009. Chong Wei dan 100PLUS merupakan kerjasama yang paling cemerlang dimana beliau berjaya bergelar sebagai pemain nombor satu dunia dan meraih tiga pingat perak di Sukan Olimpik.

Untuk rekod, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei juga merupakan duta 100PLUS.


“Kami sentiasa mengikuti perkembangannya sejak beberapa tahun lalu dan teruja dengan komitmen dan usahanya. Dia tidak pernah mengalah dan akan terus bertarung sehingga tamat perlawanan dan menjadi ‘role model’ kepada generasi muda. Kami yakin dia akan terus berusaha dan menjadi pemain nombor dunia,” kata Wai Yin lagi.


“Dikesempatan ini, saya juga mahu mengumumkan kami bersetuju untuk menandatangani kontrak selama dua tahun dengan Zii Jia. Kami bersedia untuk bekerjasama dengannya dan mengucapkan semoga berjaya di Tahun Baru 2020, khususnya Olimpik Tokyo.”

Wai Yin juga mengesahkan 100PLUS akan menyerahkan insentif wang tunai RM 10 ,000 susulan memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019 di Manila dalam acara perseorangan.

“Dia menunjukkan persembahan yang menakjubkan untuk memenangi pingat emas, tahniah kepada Zii Jia,” ujarnya.


Dalam pada itu, ketika Perodua Malaysia Masters, pemain pemain berpeluang untuk menikmati 100PLUS ACTIVE yang mengandungi formula tanpa karbonat untuk mengembalikan hidrasi selain kesegaran ketika bersenam dan bersukan serta mengandungi Vitamin B3, B6 dan B12.


100PLUS merupakan penaja kategori Perak ketika Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017 dan sudah sinonim dalam menjalin kerjasama dengan arena sukan di Malaysia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) antara persatuan sukan yang ditaja oleh 100PLUS. 100PLUS juga merupakan Minuman Isotonik Rasmi bagi Malaysia Football League (MFL).


100PLUS juga merupakan minuman yang disarankan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading