
Sejak penganjuran pertama kali pada 2009, pemain-pemain Malaysia tidak pernah terlepas daripada melakar nama selaku pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Namun keadaan sedikit berbeza apabila gagal untuk muncul juara selepas 2017 dimana Tan Kian Meng- Lai Pei Jing muncul juara bagi acara bergu campuran.
Kehadiran Perodua dan Daihatsu sebagai penaja utama menaikkan kejohanan kepada Super 500 pada 2018, pemain-pemain Negara gagal untuk meraih gelaran juara meskipun nama-nama seperti, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-TeoEe Yi Berjaya melangkah ke pentas final pada 2018, dan 2019, namun mereka tewas kepada lawan masing-masing.
Malaysia Masters bermula pada 2009 dan dikenali dengan kejohanan bertaraf Grand Prix, namun disenarai dibawah kejohanan bertaraf Super 500 selepas Perodua dan Daihatsu tampil sebagai penaja malah wang kemenangan dinaikkan kepada USD 400 000 berbanding USD 120 000.
Lagenda badminton Negara Datuk Lee Chong Wei paling cemerlang di kejohanan ini selepas muncul juarase banyak lima kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 2009 dan kali terakhir beliau memenanginya adalah pada 2016 dimana Pulau Pinang menjadi tuan rumah ketika itu.
Jaguh dunia, Kento Momota paling teruja untuk muncul juara Perodua Malaysia Masters tahun ini selepas tewas kepada rakan senegara, Kenta Nishimoto di pusingan pertama.
Persaingan bagi aksi perseorangan lelaki bakal menyaksikan pertarungan sengit melibatkan pemain-pemain seperti Son Wan Ho (Korea Selatan), Viktor Axelsen (Denmark) dan Angus Ng Ka Long (Hong Kong) yang pernah mendominasi ketika edisi terdahulu.
Sementara saingan perseorangan wanita di dominasi wakil daripada India dan Thailand manakala China tampak semakin hilang taringnya dimana kali terakhir mereka muncul juara pada 2014 menerusi Yao Xue.

Tumpuan pastinya terarah kepada bintang Thailand, Ratchanok Intanon yang pastinya memburu gelaran hatrik tahun ini selepas muncul juara pada 2018 dan 2019.
Misi Ratchanok bakal dicabar hebat antaranya pemain nombor satu dunia, Tai Tzu Ying (Taiwan), jaguh dari India; juara 2013 dan 2016 Pusarla V Sindhu serta juara 2017 Saina Nehwal yang turut dahagakan gelaran juara bagi perseorangan wanita.
Indonesia pula mendominasi bagi acara bergu lelaki sejak empat edisi terdahulu termasuk gandingan Marcus Gideon-Kevin Sanjaya muncul juara pada 2016 dan 2019 manakala Jepun mengungguli saingan bergu wanita sejak 2016.
Indonesia ternyata gah dalam acara bergu lelaki sejak 2016 dimana gandingan Markis Kido-Hendra Setiawan memberikan gelaran pertama pada 2010.
Marcus Gideon-Kevin Sanjaya kemudiannya menambah koleksi untuk Indonesia pada 2016 dan 2019, namun tidak mengambil bahagian pada 2018 sebaliknya member ruang kepada Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang muncul juara selepas menundukkan Goh V Shem-Tam Wee Kiong dipentas final.
Dalam pada itu, Berry Agriawan-Hardianto memastikan gelaran menjadi milik mereka pada 2017 di Kuala Lumpur.
Pasangan bergu negara Koo Kean Keat-Tan Boon Heong muncul juara tiga kali, 2009, 2011, dan 2012 sementara Goh V Shem-Lim Khim Wah muncul juara pada 2013.
Pemain kelahiran Jepun pastinya tidak mahu kecewa dalam aksi pembukaan tahun ini memandangkan SukanOlimpik Tokyo bakal berlangsung dilaman sendiri kelak.
Yuki Fukushima-Sayaka Hirota dan Yuta Watanabe-Arisa Higashino menjadi taruhan utama untuk mendominasi bergu wanita dan bergu campuran.
Perodua Malaysia Masters oleh Daihatsu 2020 dijadual berlangsung dari 7 hingga 12 Januari di Arena Axiata bakal menarik minat peminat-peminat badminton yang akan menyaksikan sendiri jaguh-jaguh terbaik dunia mempamerkan pertarungan yang sengit dan aksi-aksi yang menarik.
SENARAI PEMENANG
2019
Perseorangan lelaki: Son WahHo (KOR)
Perseorangan Wanita: RatchanokIntanon (THA)
Beregu Lelaki: Marcus Gideon-Kevin SanjayaSakamuljo (INA)
Beregu Wanita: Yuki Fukushima-SayakaHirota (JPN)
Beregu Campuran: Yuta Watanabe-ArisaHigashino (JPN)
2018
Perseorangan lelaki: Viktor Axelsen (DEN)
Perseorangan Wanita: RatchanokIntanon (THA)
Beregu Lelaki: FajarAlfian-Muhammad RianArdianto (INA)
Beregu Wanita: KamillaRytterJuhl-Christinna Pedersen (DEN)
Beregu Campuran: Tang Chun Man-Tse Ying Suet (HKG)
2017
Perseorangan lelaki: Angus Ng (HKG)
Perseorangan Wanita: SainaNehwal (IND)
Beregu Lelaki: Benny Angriawan-Hardianto (INA)
Beregu Wanita: JongkolphanKititharakul-RawindaPrajongjai (THA)
Beregu Campuran: Tan KianMeng-Lai Pei Jing (MAS)
2016
Perseorangan lelaki: Datuk Lee Chong Wei (MAS)
Perseorangan Wanita: P.V. Sindhu (IND)
Beregu Lelaki: Marcus Gideon-Kevin SanjayaSakamuljo (INA)
Beregu Wanita: MisakiMatsutomo-Ayaka Takahashi (JPN)
Beregu Campuran: ZhengSiwei-Li Yunhui (CHN)
2015
Perseorangan lelaki: Lee Hyun-il (KOR)
Perseorangan Wanita: NozomiOkuhara (JPN)
Beregu Lelaki: Kenta Kazun0-Kazushi Yamada (JPN)
Women’s Doubles: Christinna Pedersen-KamillaRytterJuhl (DEN)
Beregu Campuran: Jaochim Fisher Nielsen-Christinna Pedersen (DEN)
2014
Perseorangan lelaki: Simon Santoso (INA)
Perseorangan Wanita: Yao Xue (CHN)
Beregu Lelaki: Danny BawaChrisnanta/ChayutTriyachart (SGP)
Beregu Wanita: Huang Yaqiong-Yu Xiaohan (CHN)
Beregu Campuran: Lu Kai-Huang Yaqiong (CHN)
2013
Perseorangan lelaki: AlamsyahYunus (INA)
Perseorangan Wanita: P.V. Sindhu (IND)
Beregu Lelaki: Goh V Shem/Lim Kim Wah (MAS)
Beregu Wanita: PiaZebadiahBernadeth-Rizki Amelia Pradipta (INA)
Beregu Campuran: Praveen Jordan-Vita Marissa (INA)
2012
Perseorangan lelaki: Datuk Lee Chong Wei (MAS)
Perseorangan Wanita: BusananOngbumrungpan (THA)
Beregu Lelaki: Koo KienKeat-Tan Boon Heong (MAS)
Beregu Wanita: Chin EeiHui-Wong Pei Tty (MAS)
Beregu Campuran: Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (MAS)
2011
Perseorangan lelaki: Datuk Lee Chong Wei (MAS)
PerseoranganWanita: Wang Xin (CHN)
Beregu Lelaki: Koo KienKeat-Tan Boon Heong (MAS)
Beregu Wanita: Miyuki Maeda-SatokoSuetsuna (JPN)
Beregu Campuran: Tontowi Ahmad-LiliyanaNatsir (INA)
2010
Perseorangan lelaki: Datuk Lee Chong Wei (MAS)
Perseorangan Wanita: Yip Pui Yin (HKG)
Beregu Lelaki: Markis Kido-Hendrawan (INA)
Beregu Wanita: DuanganongAroonkesorn-Voravichitchaikul (THA)
Beregu Campuran: Devin LahardiFitriawan-LiliyanaNatsir (INA)
2009
Perseorangan lelaki: Datuk Lee Chong Wei (MAS)
PerseoranganWanita: Wang Shixian (CHN)
Beregu Lelaki: Koo Kean Kiet-Tan Boon Heong (MAS)
Beregu Wanita: Ma Jin-Wang Xiao Lin (CHN)
Beregu Campuran: Zheng Bo-Ma Jin (CHN)
Add Comment