Uncategorized

Ubi Kedah berada di seluruh tanah air

Faktanya ubi muda yang kami cungkil kini berada di pasaran seluruh tanahair malah terus menjadi buruan, kata Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Asmirul Anuar Aris.

Asmirul (kanan) berharap sentuhan Aidil Sharin bagi musim 2020 terus ‘menjadi’.

Menulis di Facebook rasminya, Asmirul berkata, rakyat di negeri ini juga berbangga kerana KFA yang dibangunkan sehingga hari ini adalah milik rakyat dan bukan milik individu.


“Sebagai peminat bolasepak Kedah hanya satu impian saya iaitu menyaksikan penyokong Kedah serata-rata tersenyum kepuasan di setiap keputusan perlawanan yang melibatkan Kedah apatah lagi bermain di gelanggang sendiri.


“Mungkin kami tidak pandai menepuk meja bercakap berdegar-degar atau bertepuk tangan menyambut ‘birthday party’ tetapi kami hanya pandai menepuk tangan setiap kali pasukan kami masuk ke padang beraksi, menjaringkan gol serta mencipta kejayaan,”katanya.


Jelasnya,  rakyat Kedah semenjak  zaman Allahyarham Dato’ Ahmad Basri yang menukilkan ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’ sebagai pegangan supaya teras kejayaan di masa lampau akan menjadi penerus kejayaan di masa yang akan datang.


“Selepas menghadapi musim suram 2018, Kedah tampil bersama Aidil Shahrin Sahak selaku Ketua Jurulatih pengendali skuad Hijau Kuning 2019..

“Pencapaian yang memberangsangkan menduduki tangga ke 4 Liga Super, Johan Piala FA dan ke pentas Final Piala Malaysia menyaksikan Kedah hampir pulih dari kemelut yang melanda.


“Bersama dengan Azmi Ibrahim bekas raja pecut Malaysia sekitar 1990an selaku Jurulatih Kecergasan serta mengekalkan Badrol Bakhtiar selaku Kapten pasukan mula memperlihatkan bahang Piala Malaysia 2019 makin memuncak,”katanya.


Asmirul berkata, beliau berharap Aidil dan pasukan akan terus menghadapi perjuangan musim 2020 yang penuh mencabar ini dalam usaha terus membuahkan kejayaan buat rakyat negeri ini

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: