Uncategorized

Fagiano Okayama bawa empat pemain B12 jalani latihan di Jepun


Hamada (kanan) bersama Muhammad Muizs yang berjaya memikat kejurulatihan untuk menimba pengalaman di Fagiano Okayama.

EMPAT pemain cilik negara bakal menimba ilmu dan pengalaman apabila bakal menjalani latihan bersama kelab bola sepak Fagiano Okayama, Jepun tahun hadapan.

Lebih menarik kelab tersebut juga merupakan tempat penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang terus mendapat tempat setahun lagi .

Tiga pemain yang telah berjaya memikat hati kejurulatihan ialah Syazril Izwan Shairunizam (Pulau Pinang), Khairul Faiz Nor Azhar (Kelantan) dan Muhammad Muizs Hakimi (Kuala Lumpur) manakala seorang lagi pemain akan dipilih pada seisi pemilihan dilokasi Stadium Hang Tuah, Melaka, esok.

Pemilihan tiga pemain terbaik bawah 12 tahun ini diadakan melalui program Klinik Bola Sepak Akar Umbi Fagiano Okayama yang di adakan di 4 lokasi utama iaitu Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 21hb Disember 2019, Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, Kelantan pada 22hb Disember yang lepas, Padang Majls Sukan Negara, sebentar tadi.

Program ini dianjurkan oleh Fagiano Okayama bersama dengan syarikat minuman probiotik terkemuka, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., dan turut ditaja oleh Eastool Industries Sdn. Bhd., Nagase (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Rohm Wako Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hadi Fayyadh turut hadir memberikan sokongan kepada peserta.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang juga merupakan penganjur bersama program ini menyifatkan sambutan yang di terima oleh orang ramai sangat menggalakkan. Selain itu juga, bakat muda negara yang berusia bawah 12 tahun juga dilihat sangat berpotensi untuk di kembangkan.

“Sambutan yang di terima cukup menggalakkan di mana lebih dari 3,400 orang dari seluruh negara telah mendaftarkan diri bagi menyertai program ini, cuma kami hanya mengambil seramai 200 orang di setiap lokasi. Mungkin tahun depan jumlah ini akan kami tingkatkan”

“Saya melihat pemain cilik negara ini mempunyai bakat yang tinggi. Perkara ini diakui juga oleh jurulatih-jurulatih dari kelab Fagiano Okayama yang menjalankan program ini di mana mereka melihat bakat yang menarik dipamerkan di setiap lokasi. Saya yakin dan percaya bahawa pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi adalah pada tahap yang baik selaras dengan usaha kerajaan Malaysia yang ingin membawa bola sepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi”

Pihak Yakult Malaysia juga akan menaja 4 pemain terbaik yang dipilih di setiap lokasi bagi menjalani latihan bersama Kelab Fagiano Okayama pada tahun 2020 pada tarikh yang akan diumumkan di media social Yakult Malaysia kelak.

Sebahagian perserta yang menyertai seisi pemilihan di Padang MSN, hari ini.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading