Uncategorized

Liga Malaysia akan bermula 28 Februari 2020

Tirai Liga Malaysia akan disingkap pada 28 Februari ini dengan perlawanan Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.

Sejumlah 12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier akan berentap memburu kejuaraan musim ini yang bakal berakhir pada 19 Julai 2020.

Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan menjelaskan prosedur rapi serta proses Economic Control Programme (ECP) menjadi faktor Liga Malaysia musim 2020 bermula pada 28 Februari tahun depan.

Bermula musim depan, pasukan Liga Super dan Liga Premier perlu mematuhi peraturan baharu iaitu ECP di mana langkah MFL ini sebagai usaha menangani masalah kewangan pasukan khususnya hutang dan tunggakan gaji pemain.

Bagi melaksanakan ECP, MFL telah mengadakan taklimat pertama kepada kesemua pasukan bertanding mengenai proses serta prosedur ECP di Hotel Tenera, Bangi pada 18 November lalu.

Mengulas lanjut, MFL mendedahkan prosedur dan proses ECP menjadi faktor sepak mula Liga Malaysia bermula pada akhir Februari tahun depan di mana proses untuk menyemak setiap bajet daripada setiap pasukan mengambil masa sebulan.

Dan keputusan mengenai tarikh penjadualan Liga Malaysia ini telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam mesyuarat pada Khamis lalu (12 Disember).

“Kesemua pasukan harus menyerahkan bajet kepada MFL sebelum tarikh tutup pada 15 Disember ini di mana MFL akan mengenalpasti atau mengesahkan kos sebenar skuad utama mereka yang dibenarkan pada 15 Januari tahun depan.

“Kemudian pasukan-pasukan barulah dibenarkan untuk mendaftarkan pemain sebaik jendela perpindahan pertama Liga Malaysia dibuka pada 16 Januari hingga 15 Mac tahun depan.

“Jadi proses dan prosedur ECP ini harus dipatuhi oleh setiap pasukan Liga Malaysia dan menyaksikan saingan akan bermula pada 28 Februari tahun depan. Tempoh masa ini bagi memastikan persediaan mereka berada dalam tahap terbaik selaras pengenalan ECP pada musim depan,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Namun Liga Malaysia bagi musim 2021 dijangka akan bermula lebih awal berikutan setiap pasukan dikehendaki menyerahkan bajet kewangan pasukan utama pada 31 Oktober 2020 dan keputusan kelulusan struktur kewangan mereka diumumkan pada 30 November 2020.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: