Uncategorized

SUKFAR himpunkan keluarga besar farmasi



Sebahagian peserta bergambar bersama pada majlis penutup SUKFAR 2019, baru-baru ini.

SUKAN Farmasi Kelantan (SUKFAR) 2019 yang berlangsung baru-baru ini berjaya menghimpunkan 547 peserta di seluruh negeri itu.

Ia dianggap program berskala besar membabitkan keluarga farmasi Kelantan dalam sektor awam dan swasta sekali gus menutup kalendar aktiviti tahun ini.

Peserta dibahagikan kepada lapan kontinjen yang menggabungkan semua daerah di Kelantan dengan lebih 10 acara seperti futsal, bola jaring, sepak takraw, ping pong, tenpin boling, dart, dam aji, batu seremban dan e-sports (FIFA) dipertandingkan.

Kejohanan tersebut dianjurkan bersama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan, Jabatan Farmasi Hospital Universiti Sains Malaysia, MPS cawangan Kelantan serta MCPG Kelantan.

Lebih menarik, ia mendapat sokongan Albayt Travel dan Butik Tateh yang tampil selaku penaja utama kejohanan ini.

Peserta wanita SUKFAR 2019 bergambar bersama Avengers, pada majlis penutup kejohanan itu.

Pengarah program, Mohammad Aswady Mohd Adnan berkata, SUKFAR 2019 merupakan edisi ketiga selepas penganjuran 2011 dan 2013.

“Insya Allah SUKFAR akan cuba dilangsungkan setiap dua tahun sekali dan kami sudah bersedia menggabung jalinkan semua bakat terbaik di SUKFAR 2019 untuk membawa cabaran Kelantan ke Pharmsport tahun depan.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan penganjuran kali ini setelah kali terakhir kami berbuat demikian, enam tahun lalu,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: