
Sebuah Harley Davidson Iron 883 bakal menjadi milik penyokong The Red Warriors yang bertuah pada saingan Liga Premier musim depan.
Motosikal berkuasa tinggi berasaskan model Sportster ini ditaja oleh Rasniaga Motorsport Sdn Bhd.
Rasniaga Motorsports Sdn Bhd merupakan penaja bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) musim depan.
Pengarah Urusan syarikat berkenaan, Zuhairi Abdullah menyerahkan motosikal itu kepada Presiden Kafa, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, hari ini.
Syarikat yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur ini merupakan pengedar motosikal import baharu dan terpakai seperti jenama Yamaha, MV Agusta, Honda, Kawasaki, BMW, Ducati dan banyak lagi.
Add Comment