
Pelumba UMA Racing YAMAHA Philippine Team, Amber Garcia menghembuskan nafas terakhir selepas terbabit dalam satu kemalangan pada Perlumbaan 2 kelas UB150 di pusingan kemuncak musim 2019 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Asia semalam , Garcia meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Buriram selepas empat hari bertarung nyawa.
Garcia mengalami kecederaan dalam satu kemalangan di Selekoh 7 Pusingan 3 Perlumbaan 2 kelas Underbone 150cc (UB150).

Dia lahir 16 September 2003 dan masih berumur 16 tahun.
Add Comment