
PEMAIN kelahiran Sarawak, Filemon Anyie Standly sah menyertai pasukan PJ City FC bagi musim 2020.
Kelab dari Lembah Klang itu menjadi destinasi terkini Filemon selepas berpindah dari PKNP FC.
Menurut Jurulatih Pembangunan Sarawak, Mohamad Hakimi Man, Filemon seorang pemain berbakat yang boleh menjadi ‘role model’ kepada anak Sarawak menempa nama bersama pasukan besar.
“Tahniah Filemon Anyie kerana berjaya memuktamadkan perpindahan dari PKNP FC ke PJ City FC. Satu lagi cabaran baru yang bakal diharungi beliau pada musim 2020, ianya pasti sengit untuk merebut tempat kesebelasan utama di PJ City FC yang bermain di Liga Super.
“Semoga Filemon Anyie terus berjaya bersama pasukan baru dan pastinya nama PJ City FC akan menjadi titipan peminat di Sarawak.
“Kita pasti teruja…diharapkan perjalanan karier Filemon akan menjadi inspirasi buat pemain muda kita. Ironinya kita tidak kekurangan bakat,” jelasnya.
Bekas pelajar Kolej Vokasional Miri itu di cungkil Mohamad Hakimi yang nampak akan kebolehan serta bakat semula jadi setiap kali menyentuh bola.
Add Comment