
PENAMPILAN pasukan Harimau Olimpia FC pada saingan Piala Antarabangsa Remaja Phuket 2019 mendapat pujian daripada Presidennya, Datuk Rosniaida Ismail.
Pada aksi final bawah 15 tahun yang berlangsung di Kompleks Sukan Thanyapura Phuket, petang tadi, Harimau Olimpia FC menewaskan BIS Cruzeiro Academy Thailand dengan jaringan 1-0.
“Saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain yang mencapai misi merangkul piala di sini.
“Kemenangan itu juga membanggakan kerana pemain tidak pernah kalah sepanjang kejohanan dan kita hanya mengumpul pemain selama dua minggu sebelum ke Phuket.
“Syabas diucapkan buat pemain dan tenaga kejurulatihan,” jelasnya memberitahu kesemua pemain skuadnya adalah datang seluruh negara.
Add Comment