Uncategorized

Pulau Pinang, Kuala Lumpur tepati ramalan mara ke suku akhir


PASUKAN tuan rumah, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur adalah pilihan untuk memenangi Kejohanan B-12 & B-16 Kejuaraan 100Plus Interstate selepas kedua-dua pasukan meraih kemenangan yang hebat pada hari ketiga di Dewan Badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang, sebentar tadi.

Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas lawan mereka, Kedah dan Johor dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka hari ini.

Dipimpin oleh pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil, Goh Boon Zhe, Rayner Beh Choon Meng dan Ong Zhen Yi, pasukan Pulau Pinang bagaikan tidak ‘sepadan’ dengan pasukan Kedah.

Sementara itu, pemain Kuala Lumpur seperti Hooi Shao Herng, Bryan Jeremy Goonting, Muhammad Fazriq Razif dan Justin Hoh menunjukkan kekuatan mereka yang sejati untuk mengalahkan Johor.

Kekalahan paling besar kejohanan tahun ini adalah Sabah apabila pasukan wanita mereka gagal melepasi peringkat kumpulan. Mereka dilabel sebagai pilihan kedua selepas penamat yang meyakinkan pada tahun lalu tetapi malangnya kalah semua perlawanan dalam saingan kumpulan.

Selepas berakhirnya perlawanan peringkat kumpulan kategori lelaki B-16, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Melaka, Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pahang akan bersaing pada aksi suku akhir esok.

Dalam kategori wanita B-16, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sarawak, Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang juga mara.

Sementara itu, dalam kategori B-12, pasukan pilihan Negeri Sembilan dan Melaka mencatatkan keputusan buruk pada perlawanan kumpulan dan mereka gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Bagi kategori lelaki B-12, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak, Kedah dan Putrajaya mengejutkan semua pihak dengan pencapaian mereka tahun ini.

Dalam kategori wanita B-12, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Melaka, Sarawak dan Terengganu juga layak ke pusingan seterusnya.

Undian untuk perlawanan suku akhir esok akan diadakan hari ini kira-kira pukul 7 malam ini di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pulau Pinang, Bukit Dumbar di Jelutong.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading