HARI ini kekuatan Kelab Hoki Matador teruji pada kempen Piala FHE di Perth, Australia.
Kelab pembangunan swasta yang dibiayai sendiri itu memenangi perlawanan pertama mereka menentang Australia Barat Penguins tetapi tewas 0-2 di tangan pasukan Malaysia, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Kemenangan SSBJ membolehkan mereka mengatasi Matador ke tempat kedua, kedua-dua pasukan terikat sembilan mata daripada empat perlawanan.
Nasib Matador akan diputuskan pada perlawanan terakhir mereka menentang Jepun yang menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan 12 mata, hasil empat kemenangan.
Dalam perlawanan menentang WA Penguins, gol dijaringkan oleh Nazrim Muslim pada minit ke-13, Khairul Norizam minit ke-27, Haiqal Haziq minit ke-29 dan Ronny Richard minit ke-31.
Dan dalam perlawanan mereka kalah kepada SSBJ, dua gol lawan dilakar oleh Zulhanif Shahran (minit ke-29) dan Danish Aman (minit ke-35).
Sementara itu, pasukan wanita bawah 16 tahun, Mutiara Penang melonjak ke tempat kedua selepas mencatat kemenangan ke atas Southern Bar Barbarians (2-1) dan Bobby’s Coaching Australia (3-1).
Lain keputusan , Sekolah Sukan KL seri dengan Australia Barat Dolphins (0-0) dan juga kalah 0-2 kepada Jepun.
Add Comment