Uncategorized

Jin Wei mula panaskan badan


Jin Wei tekad segera sembuh daripada pembedahan yang dijalaninya sejak Jun lepas.

Lama tak dengar perkembangan pemain badminton perseorangan wanita kita, Goh Jin Wei selepas selesai menjalani pembedahan pada bahagian perut.

Rasanya sejak bulan Jun jugalah Jin Wei berehat sebelum mula berlatih membuat sesi latihan ringan pada minggu lalu.

Berita gembira buat peminat badminton kerana Jin Wei mungkin akan kembali sertai pertandingan.

Paling hampir adalah kejohanan Perodua Malaysian Masters yang akan bermula dari 7 Januari hingga 12 Januari tahun depan.

Sejak dia diketepikan, ranking dunianya turun dari tempat ke-26 pada Jun hingga kedudukan ke-41 kini.

Kepada Jin Wei, team Cakap Sukan mengucapkan selamat kembali ke gelanggang dan memberikan aksi terbaik nanti apabila berdepan mana-mana pemain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d