Uncategorized

11 negara sertai Kejohanan UiTM International Orienteering 2019


Dr Azizan (tengah) bergambar bersama wakil penaja selepas Sidang Media UiTM International Orienteering Championship di UiTM, Shah Alam.

SERAMAI 459 peserta dari 11 negara  mengesahkan penyertaan di Kejohanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Orienteering Antarabangsa 2019 pada 6 hingga 8 Disember ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Azizan Abdullah berkata, kejohanan selama tiga hari itu bakal diadakan di Kampus UiTM Shah Alam dan Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, di sini.

Negara yang terlibat adalah adalah Belgium, Jepun, China, Estonia, Singapura, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Sri Lanka, Filipina dan Bangladesh.

Penyertaan tempatan pula terdiri daripada peserta dari UiTM, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Islam Antarabangsa, Politeknik Sultan Ahmad Shah, Politeknik Terengganu, Kolej Komuniti Kuala Langat dan Maksak Penjara.

Tiga acara akan dipertandingkan iaitu National Ranking Event bagi kategori lelaki dan wanita, World Ranking Event juga bagi kategori lelaki dan wanita, serta acara Relay Event.

Kejohanan ini juga bertaraf antarabangsa dan mendapat pengiktirafan Persekutuan Orienteering Antarabangsa serta sokongan penuh dari Persatuan Orienteering Kebangsaan juga Majlis Bandaraya Shah Alam.

Antara wakil UiTM yang menjadi tumpuan Azam Mohd Shihid yang merupakan juara World Ranking Event dalam kejohanan yang diadakan di Kuantan Oktober lalu.

Orienteering Antarabangsa 2019 turut mendapat liputan daripada Astro Arena.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: