Uncategorized

Hoki 5 Asia di Kuala Lumpur


KEJOHANAN Hoki 5 Peringkat Asia akan diadakan di Kuala Lumpur pada Februari 2020.

Pertandingan julung kali ini menyaksikan penyertaan pasukan lelaki dan wanita bawah 16 tahun yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF) dengan pemilihan tuan rumah masih dalam perbincangan.

Naib Presiden AHF (Projek Khas) Datuk Majid Manjit Abdullah berkata, kejohanan itu akan dimainkan di atas padang rumput.

“Ini sejajar dengan kehendak bekas Presiden AHF HRH Al Sultan Abdullah yang merasakan bahawa Hoki 5 harus dikembalikan bermain atas padang rumput.

“Kami telah mengadakan perbincangan dengan tempat kejohanan dan mereka sangat teruja untuk ini.

“Kami telah mengenal pasti bulan Februari untuk mengadakan kejohanan ini dengan bermain selama empat hari.

“Dan rundingan berada di peringkat akhir dengan penaja yang berpotensi juga,” kata Manjit seperti dipetik dalam laman portal http://www.ssdhaliwal.com.my hari ini.

Manjit menambah bahawa Lembaga Eksekutif AHF yang dijadual bertemu di Kuala Lumpur pada Disember ini akan diberi taklimat mengenai kejohanan ini.

“Pada masa ini kita melihat penyertaan pasukan B16 tetapi kita juga meneroka idea untuk mengadakan kategori terbuka kelab dan juga kategori veteran,” kata Manjit yang diamanahkan oleh HRH Sultan Abdullah untuk mempromosikan Hoki 5 di Asia.

Kata Manjit, pihaknya ada membincangkan perkara ini dengan Presiden FIHH,  De. Narinder Bahtra semasa menonton dengan Sultan Abdullah pada Mei lepas.

Walaupun Malaysia adalah pemenang pingat emas Olimpik Remaja Hoki 5,  tidak ada kejohanan yang diadakan dalam negara ini.

“Kami berharap ada negara yang akan menghantar pasukan untuk mengambil bahagian nanti dan pada mesyuarat Disember pula kami dapat menilai maklum balas,” tambah Manjit.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: