CHANATHIP Songkrasin atau lebih dikenali Messi Thailand antara pemain yang bakal menjadi tumpuan pada aksi aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Memulakan karier diperingkat antarabangsa dengan pasukan bola sepak Thailand bawah 20 tahun dalam kejohanan AFC U-19 2012, bakat pemain yang beraksi di posisi tengah dan mampu menyerang ini dipanggil kali pertama membarisi skuad Gajah Perang dalam kejohanan Piala Raja 2012 dibawah kendalian Winfried Schafer ketika itu.
Mempamerkan aksi cemerlang, pemain yang memiliki gaya permainan seumpama Diego Maradona ini terus mendapat tempat bersama pasukan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 dimana ketika itu usianya baru 19 tahun.
Dia mewakili Thailand U23 pada Sukan Asia Tenggara 2015. Chanathip bermain untuk Thailand U23 pada Sukan Asia 2014.
Pada 2014, Chanathip merupakan sebahagian daripada skuad pemenang Thailand untuk Piala AFF 2014 Suzuki dan dinamakan pemain terbaik kejohanan dan menjadi AFF Suzuki Cup MVP termuda pada usia 21 tahun membuktikan reputasi yang dimiliki pemain yang kini bersama kelab Liga 1 Jepun iaitu Hokkaido Consadole Sapporo
Pada bulan Mei 2015, dia dipanggil oleh Thailand untuk bermain dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 (AFC) melawan Vietnam. Chanathip memenangi Sukan Asia Tenggara 2015 dengan Thailand U23.
Pada Disember 2016, Chanathip sekali lagi membawa Thailand ke gelaran 2016 AFF Championship, gelaran kelima negaranya. Dia juga dianugerahkan Pemain Paling Bernilai yang lain dan menjadi pemain pertama yang memenanginya sebanyak dua kali.
Untuk rekod, Chanathip telah meledak empat gol hasil 25 penampilan bersama kelabnya di Jepun ketika ini selain antara perancang utama pasukan Gajah Perang.

Bagi pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan terlalu menumpukan kepada individu tertentu daripada pasukan lawan kerana kesemuanya mampu mencipta sesuatu sekiranya pemain negara hilang fokus.
“Chanathip (Songkrasin) sudah lama bersama pasukan Thailand, pemain yang kreatif dan berpengalaman bermain di Jepun. Kita kena beri tumpuan secara menyeluruh kerana mereka hadir dengan pasukan terkuat,” katanya.
Add Comment