Uncategorized

AQIL DIBERI SAINGAN SENGIT SEBELUM JULANG KEJUARAAN GOLF AMATUR NEGERI SEMBILAN 2019


Aqil Afiq Rosli pemain golf Akademi Golf Nasional (AGN) di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang merangkul Kejuaraan Golf Amatur Terbuka Negeri Sembilan 2019 setelah aksi play-off menewaskan Amir Benno dari Negeri Sembilan.

Seri Menanti, Negeri Sembilan – Aqil Afiq Rosli menamatkan kemarau kejuaraan Akademi Golf Nasional (AGN) bagi tahun 2019 apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Golf Amatur Terbuka Negeri Sembilan edisi ke-36 di Kelab Golf Di Raja Seri Menanti, semalam.


Bagaimanapun Aqil Afiq yang mewakili AGN yang berpusat di Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mengecewakan pemain tuanrumah yang mewakili Kelab Golf Di Raja Seri Menanti, Amir Benno.


Ketinggalan satu pukulan di belakang Benno pada saingan akhir, Aqil Afiq menamatkan hari terakhir dengan 77 pukulan, satu pukulan mengatasi Benno yang mencatat 78 pukulan namun berkongsi kedudukan keseluruhan dengan 226 pukulan. 


Aqil pelajar tahun pertama AGN UUM, bagaimanapun menguasai aksi penentuan kalah mati untuk dinobatkan selaku juara manakala naib juara Amir Benno dan ketiga pemain Persatuan Golf Malaysia (MGA), Nor Harith Nor Hadi.


Sekaligus Aqil turut mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pemain golf AGN UUM di kejohanan ini tahun lalu menerusi Mohd Shakiran Johari. 


Pada 2018 AGN UUM turut memenangi dua lagi kejuaraan peringkat amatur iaitu, Golf Amatur Terbuka Terengganu oleh Sazanur Iman Salenin, dan Golf Amatur Terbuka Selangor menerusi Muhd Afif Razif. 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: