KELAB Ragbi UiTM Lions dengan kerjasama Kelab Ragbi Bengals akan mengadakan Program Lions-Bengals Rugby 10s Championship 2019 kategori bagi bawah 14 dan 16 tahun pada 9 hingga 10 November 2019 bertempat di Padang Ragbi UiTM Shah Alam.

Kejohanan yang kali pertama diadakan ini merupakan inisiatif dua kelab ini bagi membangunkan sukan ragbi dari aspek pemilihan pemain dari peringkat sekolah menengah ke peringkat IPT.
Ini bertujuan bagi pengurusan ragbi UiTM Lions dapat mengenalpasti dan mencungkil bakat pemain-pemain ragbi yang bermain dalam kejohanan ini untuk diberi penerangan dan peluang untuk menyambung pengajian di UiTM dan seterusnya aktif untuk bermain ragbi di peringkat yang lebih tinggi.
Menurut Ketua Jurulatih pasukan ragbi UiTM, Zamri Abd Kahar berkata, perancangan jangka masa panjang pasukan ragbi UiTM adalah sebagai persediaan pasukan untuk lebih bersedia dalam setiap kejohanan yang disertai menjelang tahun 2021.
Pemilihan pemain dari sudut kapasiti fizikal dan kemahiran akan lebih diutamakan kerana pasukan ragb UiTM Lions setiap tahun akan terlibat dalam kejohanan liga 15s paling berprestij iaitu Malaysia Rugby Premier League anjuran Malaysia Rugby.
Sasaran untuk muncul juara di dalam liga ini masih lagi diteruskan walaupun kali terakhir beraksi di perlawanan akhir adalah pada tahun 2013.
Untuk rekod, sebanyak 24 pasukan telah mengesahkan penyertaan pasukan seperti SEMASHUR, SMS Selangor dan SMK Sri Mersing.
Orang ramai dijemput untuk menyaksikan kejohanan ini nanti.
Masih boleh join ke tuan