Uncategorized

Sibuti Bavarian’s FC hantar Mohd Hakimi ke Phuket, Thailand


Kelab Sibuti Bavarian’s FC (SBFC) akan menghantar ketua jurulatihnya, Mohd Hakimi Man ke Thailand sempena lawatan penanda aras di sebuah kelab yang berpangkalan di Phuket.

Lawatan tersebut dijadualkan bermula pada 28 November hinggap 3 Disember 2019.

“Amat baik..ianya merupakan titik tolak kepada pembangunan bola sepak untuk pemain dari luar bandar agar mereka bermotivasi agar terus menyerlah.

“..ini kerana kita mempunyai beberapa platform untuk mengetengahkan bakat mereka, ” katanya kepada Cakap Sukan sebentar tadi.

Jelas Mohd Hakimi lagi, terdapat ramai pemain kelahiran dari SBFC telah berada di arena bola sepak kebangsaan. “Yang terkini adalah Filemon Anyie Standly yang beraksi di saingan Liga Super PKNP FC , Amar Muaz Zamri (Liga Perdana Sarawak FA), Gabriel Nistelrooy Anak Tamin (Piala Presiden JDT 3) dan Nail As’ad Bin Dahlan (Piala Belia Sarawak FA).

“Kita juga ada Alphonsos Joseph Willie yang bermain dalam Projek SUKMA 2020 Sarawak serta Hazroy Abdullah yang turut berada bersamanya dalam pasukan,” ungkap beliau lagi. Tambah beliau, penyenaraian pemain berkenaan membuktikan sistem latihan dan perancangan kelab SBFC berada di tahap terbaik.

Usaha jitu ini turut mendapat perhatian daripada Adun Bekenu, Hajjah Rosey Haji Yunus dalam ucapannya yang terdahulu melakukan kunjungan ke Kem Bakat dan Klinik Bola Sepak di Bekenu, Sibuti, dekat Miri Sarawak.

Seramai 42 orang peserta telah mengikuti program tersebut dan ia memberikan pengalaman yang menarik buat kelompok pemain terbabit sama ada di dalam mahupun di luar padang.

#CakapSukan #SibutiBavarians #Sarawak #SBFC #Phuket #Thailand #penandaaras


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d