Legenda karate Indonesia, Umar Syarief akan hadir ke negara kita sempena Goifex Malaysia 2019 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) pada 8 hingga 10 November ini.
Selepas berkecimpung selama 20 tahun dalam arena ini, Umar akan mengambil bahagian dalam acara zumba.

Dia kini sekarang menjadi seorang master trainer Strong by Zumba.

Untuk makluman, Strong by Zuma merupakan jenis sukan zumba yang dikembangkan oleh pasukan Education and New Programming di ZumbaFitness pimpinan isteri Umar sendiri, Ai Lee Syarief.
Selain Umar Syarief, tenaga pengajar Zumba ternama lain yang akan hadir di GOIFEX Malaysia adalah David Velez dari Colombia dan George Lu dari Hong Kong.
Selain itu, bagi penggemar Yoga, mereka boleh bertemu dengan selebriti Yoga, Atilia Haron dan selebriti Indonesia, Fajar Putra.
Untuk Martial Arts, GOIFEX diketuai oleh One Championship dengan menampilkan Peter Huhg Davis, Aglian Thani, dan Gianni Subba.
Selain itu, GOIFEX dengan bangga mengumumkan Pulse oleh Prudential sebagai penaja utama yang memiliki visi dan misi yang sama dengan GOIFEX tentang gaya hidup sihat.
Slogan Prudential “Do Health Your Way” sangat sesuai dengan tujuan GOIFEX untuk memotivasikan dan menginspirasi masyarakat.
“Kami sangat senang dapat berkerjasama dengan GOIFEX untuk membawa kesihatan dan kesejahteraan untuk warga Malaysia dengan cara menarik dan menyenangkan,” kata Chief Customer Officer of Prudential Assurance Malaysia Berhad, Eric Wong.
Add Comment