Antarabangsa Terkini

Malaysia Marathon dilancarkan sempena TMM 2026-2027 dan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69


MALAYSIA Marathon 2026, sebuah acara larian berskala besar yang dianjurkan bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 dan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.

Larian ini juga mendapat sambutan menggalakkan di peringkat antarabangsa apabila peserta dari 36 negara telah berdaftar untuk menyertai acara ini.

Antaranya termasuk peserta dari Australia, China, Jepun, Korea Selatan, India, Indonesia, Singapura, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kenya, Perancis, Jerman dan Kanada.

Acara ini dijangka menarik kira-kira 50,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran, selain melibatkan 1,200 sukarelawan bagi membantu memastikan kelancaran dan keselamatan acara.

Dianjurkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, acara ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan masyarakat serta mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan bertaraf antarabangsa.

Majlis pengenalan dan perasmian disempurnakan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,  Y.Brs Tuan Ismadi Bin Sakirin, , di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

Malaysia Marathon juga merupakan antara acara maraton komuniti terbesar yang diterajui sepenuhnya oleh penganjur tempatan.

Pemilihan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai destinasi Malaysia Marathon 2026 mencerminkan kedudukan ibu negara sebagai antara mercu utama Malaysia yang menawarkan gabungan infrastruktur moden, tarikan pelancongan, warisan serta landskap bandar yang ikonik.

Penganjuran acara berskala besar di tengah-tengah ibu negara juga memberi peluang kepada peserta tempatan dan antarabangsa untuk menikmati pengalaman larian yang unik sambil menyaksikan sendiri kepelbagaian wajah Kuala Lumpur.

Dengan mengetengahkan elemen sejarah, budaya, gaya hidup dan pelancongan sepanjang penganjuran, Malaysia Marathon 2026 bukan sahaja menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi perlumbaan, malah sebagai sebahagian daripada pengalaman keseluruhan acara.

Pemilihan ini turut selari dengan usaha memperkukuh kedudukan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan sukan serta sebuah bandar raya yang dinamik, inklusif dan mesra kepada pelbagai lapisan masyarakat, sejajar dengan aspirasi Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 “Kuala Lumpur: City for All”.

Malaysia Marathon 2026 menawarkan empat kategori, iaitu 42 km, 21 km, 10 km dan 5 km, dengan penyertaan seramai 25,000 pelari tempatan dan antarabangsa.

Acara ini dijangka menarik kira-kira 50,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran, selain melibatkan 1,200 sukarelawan bagi membantu memastikan kelancaran dan keselamatan acara.

Laluan perlumbaan yang memenuhi piawaian antarabangsa akan bermula di Pavilion Kuala Lumpur dan berakhir di KLCC. Kira-kira 95 peratus (95%) laluan menggunakan lebuh raya utama, termasuk AKLEH dan SUKE, bagi menawarkan pengalaman larian yang moden, terkawal dan berkualiti.

Presiden Malaysia Marathon, Eddy Casmady, berkata acara tersebut dirangka untuk menyatukan pelbagai lapisan masyarakat melalui sukan.

“Malaysia Marathon bukan sekadar sebuah perlumbaan. Kami mahu acara ini menawarkan pengalaman larian yang berkualiti, memperkukuh hubungan komuniti serta memberi impak positif kepada sektor pelancongan sukan negara,” katanya.

Selain perlumbaan, peserta dan pengunjung akan disajikan dengan lapan persembahan di sepanjang laluan, lima pancaragam serta sebuah konsert yang bermula seawal pukul 9.00 pagi.

Bagi kategori Fun Run, pelajar-pelajar yang menyertai larian ini akan diberi PAJSK iaitu singkatan bagi pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum pelengkap kepada system pentaksiran Pendidikan dan jasmani yang menggalakkan generasi muda melibatkan diri dalam aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum.

Dari segi inovasi, Malaysia Marathon memperkenalkan sistem pengesahan identiti berasaskan pengecaman wajah untuk proses pendaftaran dan pengambilan pek perlumbaan.

Peserta diwajibkan mengambil sendiri nombor bib semasa Race Pack Collection bagi mengelakkan penipuan penyertaan dan meningkatkan integriti acara.

Sebagai galakan kepada atlet tempatan, ganjaran sebanyak RM50,000 ditawarkan kepada peserta Malaysia yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi kategori 42 km dan 21 km.

Penyertaan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia Marathon sebagai acara larian bertaraf antarabangsa serta berpotensi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan sukan.

Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja dan rakan strategik, khususnya JETOUR bagi kategori 42 km, Hot FM bagi kategori 21 km, ZEEKR bagi kategori 10 km, PROTON bagi kategori 5 km, serta HONOR selaku Penaja Platinum Bukan Automotif bagi keseluruhan kategori.

Sebagai nilai tambah kepada penyertaan, para peserta Malaysia Marathon 2026 turut berpeluang memenangi sebuah kereta PROTON SAGA menerusi cabutan bertuah yang akan diadakan sempena acara tersebut. Sebagai sedan ikonik Malaysia, PROTON Saga telah menjadi pilihan lebih 2.2 juta rakyat Malaysia.

Generasi terbaharu hadir dengan ciri keselamatan, teknologi pintar dan keselesaan yang dipertingkatkan, meneruskan legasinya sebagai sedan kebanggaan rakyat Malaysia.

Selain itu, Malaysia Marathon 2026 turut menampilkan penyertaan unik robot humanoid HONOR, yang menyertai kategori 10KM, yang pernah dinobatkan sebagai Juara Robot Humanoid Separuh Maraton Pemegang Rekod Dunia, dan satu lagi robot Humanoid menyertai bagi kategori 5KM yang pernah menerima gelaran Robot Humanoid dengan Gaya Larian Terbaik.

Penyertaan ini mencerminkan gabungan teknologi, inovasi dan sukan, sekali gus menjadi tarikan baharu yang pastinya akan mencuri perhatian peserta serta pengunjung.

Sebagai sebahagian daripada usaha memperluaskan tarikan Malaysia Marathon 2026, Bella Astillah turut dilantik sebagai Duta Malaysia Marathon 2026 bagi menyokong kempen menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan masyarakat.

Sebagai personaliti yang dekat dengan peminat dan masyarakat, penglibatan Bella diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai individu, khususnya golongan muda, untuk menjadikan aktiviti larian dan kecergasan sebagai sebahagian daripada rutin harian, selain membantu mempromosikan Malaysia Marathon 2026 kepada khalayak yang lebih luas.

Selain itu, Malaysia Marathon 2026 menerima sokongan dan penajaan daripada Tourism Malaysia dalam kerjasama strategik, Dutch Lady selaku rakan susu dan produk tenusu rasmi bagi kategori 5KM serta rakan media rasmi Hot FM dan Fly FM.


Add Comment

Click here to post a comment