
PELAJAR dari SMJK Chan Wa 2, Chew Kye Li merangkul gelaran berganda bagi kategori perempuan dan beregu wanita Bawah 13 Tahun dan di Kejohanan Badminton Junior Allianz Pusingan 4 di Kuala Terengganu.
Pemain kelahiran Negeri Sembilan itu menewaskan lawan Nur Balqis Khatijah Ahmad Redzuan (SMK Sultan Mansor, Kuala Terengganu) 6-15, 15-13, 15-12 dalam pertarungan sengit yang berlangsung selama kurang setengah jam.
Kejayaan terus memihak buat dirinya apabila merangkul kejuaraan bagi kategori beregu Bawah 13 Tahun, bersama pasangan Law Pei Xuan (Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban) dengan menewaskan Ines Seah-Nur Balqis Khatijah (SMK Sultan Sulaiman/SMK Sultan Mansor, Terengganu) dan menang 15-10, 15-10.

Jelasnya, dia sedikit risau pada pertembungan menentang Nur Balqis memandangkan mereka berdua pernah beradu digelanggang sebelum ini.
“Saya bimbang menjelang perlawanan akhir perseorangan kerana saya pernah bermain menentang Nur Balqis Khatijah empat kali sebelum ini.
“Saya hanya tewas sekali tetapi dia bermain di tempat sendiri dan kelihatan lebih yakin, teruja untuk pergi ke Pusingan Akhir, tetapi saya akan mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan kerana saya akan bermain dalam dua acara.
“Ia akan menjadi lebih sukar di Pusingan Akhir,” tegasnya yang telah menjadi pemain negeri Negeri Sembilan selama lima tahun yang lalu.
Pusingan Kelayakan keempat AJBC 2026 diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang dihadiri oleh Cik Joanne Loh, Pengurus Cawangan Allianz Malaysia Kuala Terengganu, dan Encik Abdul Hadi Bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Sukan 2, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan.
Pegawai Kementerian Pendidikan lain yang hadir ialah Cik Noor Sarah Zul Ain Binti Zulkifli, Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Pelajar, Sektor Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Mohd Fadzli Bin Ariffin, Pengerusi Teknikal Pembangunan Sukan Badminton, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Terengganu.
Edisi kelima AJBC, yang dimulakan untuk memberi inspirasi, membangun dan meraikan bakat badminton muda di seluruh Malaysia, dianjurkan oleh Allianz Malaysia Berhad dan disokong oleh Persatuan Badminton Malaysia dan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan.

Hanya dalam tempoh lima tahun, AJBC, yang tidak memerlukan sebarang yuran masuk daripada para pemain, merupakan antara acara junior yang paling popular dan dinanti-nantikan di negara ini.
AJBC tahun ini menampilkan sejumlah 10 Pusingan Kelayakan diikuti dengan Pusingan Akhir di Kuala Lumpur. Finalis dalam kategori kumpulan umur Bawah 13 dan Bawah 15 tahun dari setiap pusingan kelayakan akan mara ke Pusingan Akhir.






Add Comment