Bola Sepak Terkini

Laos sedia lakar kejutan berdepan Malaysia !!!!

Dalam bola sepak, kadangkala anda menang dan kadang kala anda tewas. Jurulatih banyak memberikan motivasi selepas kekalahan tempoh hari.

TEWAS 0-5 pada aksi berdepan Thailand sebelum ini, Loas tetap mengimpikan kejutan apabila bakal berdepan Malaysia pada aksi kedua Kumpulan B dalam kempen Piala ASEAN 2026 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam esok.

Pengendalinya Vladica Grujic berkata, masih terdapat jurang antara Malaysia dan Laos namun dia tidak menolak kejutan dapat disaksikan apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi kedua Kumpulan B itu.

Grujic berkata, mereka menghormati pasukan tuan rumah sekali gus menyaksikan mereka akan turun beraksi dengan penuh keberanian, disiplin dan cuba memanfaatkan peluang yang dapat dicipta.

“Ada perbezaan daripada segi kualiti antara bola sepak Malaysia dan Laos. Kami beraksi dalam liga amatur di Laos tetapi di Malaysia, mereka ada liga profesional.

“Tetapi bola sepak penuh dengan perkara gila dan sudah tentu kami boleh mencipta kejutan. Cuma kalau dibandingkan dengan bola sepak Malaysia, mereka dalam kalangan tiga terbaik di ASEAN,” katanya.

Bagi pemain tengah Laos, Khonesavanh Keonuchanh menyatakan mereka sudah melupakan kekalahan besar 0-5 di tangan Thailand pada aksi pembukaan dan fokus sepenuhnya untuk aksi berdepan Malaysia.

“Dalam bola sepak, kadangkala anda menang dan kadang kala anda tewas. Jurulatih banyak memberikan motivasi selepas kekalahan tempoh hari.

“Jadi kami perlu segera memandang ke hadapan dan fokus pada perlawanan seterusnya. Kekalahan itu tidak dapat diubah, jadi kita perlu percaya bahawa kita mampu bangkit,” katanya.


1 Comment

Click here to post a comment