
PENYERANG kebangsaan, Syafiq Ahmad yakin pengalaman dimiliki pemain seperti Josue dan Mohamadou Sumareh bukan sahaja penting di atas padang, malah menjadi contoh terbaik dalam membimbing barisan pemain muda di luar padang.
Jelasnya, kita dapat lihat bagaimana pemain berpengalaman seperti Josue melakukan penyudah untuk menjaringkan gol pada aksi sebelum ini.
“Kita juga nampak Sumareh mempamerkan aksi yang sangat baik, bagi pemain muda, mereka boleh melihat sendiri apa yang kami lakukan di atas padang.
“Sebagai pemain senior, kami perlu tunjukkan sesuatu yang boleh dijadikan contoh dan diikuti mereka,” katanya.
Tambahnya lagi, setiap pemain berpengalaman memikul tanggungjawab untuk membuktikan bahawa usia tidak menjadi penghalang selagi masih mampu memberikan persembahan terbaik.
“Apa paling penting, setiap kali diberi peluang, kami perlu memberikan aksi terbaik supaya pemain muda dapat belajar dan membawa perkara itu ke perlawanan akan datang,” kata pemain berusia 31 tahun itu.
Selain Josue dan Sumareh, beberapa lagi pemain senior yang turut dipanggil pengendali, Tan Cheng Hoe pada kempen kali ini antaranya seperti Sergio Aguero (32 tahun) serta Endrick Dos Santos (31 tahun).
Malaysia bakal turun menanti kunjungan Laos untuk meraih tiga mata pada aksi kedua Kumpulan B bertemu Laos di Stadium Kuala Lumpur selepas menang 2-1 menewaskan Myanmar pada kasi pertama Kumpulan B, Sabtu lalu.











Add Comment