
PASUKAN bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka tirai musim 2026 dengan penuh bergaya apabila menjuarai Kejohanan Thanh Nien International Student Football Tournament 2026 (THACO Cup), Vietnam dengan menewaskan Thuy Loi University, Vietnam yang merupakan juara bertahan.
Lebih membanggakan UKM turut mengungguli pencapain individu apabila Adam Haris Herman dinobatkan sebagai Player of the Match dan Best Goalkeeper, Izrin Ibrahim (Top Scorer ) dan Amirul Fazly Mohd Zamri dinobatkan sebagai Most Valuable Player.
Pada perlawanan akhir tersebut, UKM menewaskan tuan rumah, Thuy Loi University, Vietnam juara edisi musim lalu menerusi penentuan sepakan penalti 7-6 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh dengan jaringan UKM disumbangkan oleh Afiq bin Norizan pada minit ke-25.
Perlawanan kemudiannya ditentukan menerusi sepakan penalti yang memihak kepada UKM dengan keputusan 7-6.

Sepakan penalti UKM berjaya disempurnakan oleh Aiyubi bin Nasarudin, Alif Irfan bin Norsafidahlan, Haris Zafri bin Hashim, Akmal Afnan bin Shahridzan, Amirul Fazly Mohd Zamri, Amir Hazman Hanapiah dan Harith Hizamin M. Dasuki.
Penjaga gol UKM, Adam Haris Herman, muncul wira pasukan apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti terakhir pihak lawan sekali gus memastikan kemenangan buat UKM.
Kejayaan ini turut diserikan dengan pencapaian individu apabila Adam Haris bin Herman dinobatkan sebagai Player of the Match dan Best Goalkeeper, manakala Izrin bin Ibrahim muncul sebagai Top Scorer kejohanan dan Amirul Fazly bin Mohd Zamri dinobatkan sebagai Most Valuable Player.

Kejayaan ini mencerminkan semangat juang tinggi, disiplin dan komitmen luar biasa seluruh pasukan dalam mengharumkan nama UKM dan Malaysia di pentas antarabangsa.







Add Comment