
MENJELANG perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Brazil, 20 hingga 22 Mac ini di Litar Autodromo Antarabangsa Ayrton Senna, Goiania persediaan rapi telah dilakukan pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli.
Ujarnya dia telah meneliti video bagi memahami karakter litar itu kerana ini adalah kali pertama beliau dan kebanyakan pelumba lain beraksi di litar berkenaan.
“Untuk Brazil ini, litar yang baharu untuk semua orang dan saya pun dah tengok melalui video dekat telefon dan saya belajar daripada situ.
“Saya tengok pun litar agak baik dan saya harapkan dapat catat keputusan yang baik,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa media bersama Kumpulan MKA , di Putrajaya, semalam.
“Apa yang saya boleh lihat, pada perlumbaan pertama di Thailand, masih banyak lagi ruang yang saya perlu perbaiki, termasuk tunggangan saya dan pelarasan pada motosikal.
“Aspek pelarasan motosikal terutama bahagian casis dan pengendalian ketika membrek menjadi antara perkara yang perlu dipertingkatkan,” katanya.
Pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini dijadualkan berlangsung di Litar Autodromo Antarabangsa Ayrton Senna, Goiania di Brazil dari 20 hingga 22 Mac ini.










Add Comment