Pengunjung berkumpul seawal jam 7.30 pagi !!!

MKA Motorparts Sdn Bhd hari ini telah mengadakan jualan gudang membabitkan tiga jenama topi kaledar berjenama KYT, SUOMY dan ARC digudang miliknya bermula hari ini sehingga esok.
Bertempat di Taman Perindustrian Putra, 47130 Puchong, Selangor, Malaysia, mulai jam 9 pagi orang ramai boleh mendapatkan topi kaledar dengan harga serendah RM50 sahaja dengan pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung.
Tinjauan CakapAuto / Cakap Sukan mendapati pengunjung mula membanjiri kawasan tersebut seawal jam 7.30 pagi untuk beratur walaupun kaunter jualan dibuka bermula 9 pagi.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan topi kaledar tiga jenama tersebut masih berpeluang memiliki tawaran tersebut pada hari terakhir jualan esok.
[videopress iehLlvvp]










Add Comment