
“MFL membuat keputusan untuk mengekalkan harga tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia seperti sebelum ini dengan tiket harga serendah RM50 dan RM70 bagi kategori General Admission selain Unifi Premium RM150 serta Unifi VIP Grandstand RM200.
“Kami berharap dengan penetapan harga tiket serta pengumuman lebih awal ini akan memudahkan penyokong-penyokong JDT dan Sri Pahang FC merancang perjalanan untuk hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
“Bagi memudahkan penyokong-penyokong mendapatkan tiket, urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pasukan finalis seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Proses ini dilihat membolehkan JDT dan Sri Pahang FC dapat menjual tiket kepada penyokong masing-masing secara sistematik dan sama rata,” katanya.
Tambahnya lagi, MFL juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan JDT dan Sri Pahang FC mengenai agihan tiket perlawanan akhir selain ia turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pertama Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025.
“Penyokong-penyokong boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung pembelian tiket perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia menerusi hebahan yang akan dibuat oleh kedua-dua kelab finalis dalam masa terdekat,” jelasnya.





Add Comment