
PASUKAN E-Sukan Negeri Selangor muncul juara keseluruhan kejohanan Liga Jelajah Juara E-Sukan Malaysia musim pertama yang berakhir semalam.
Kejohanan yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada semua peserta yang telah terlibat di dalam program Jelajah Juara Esports Malaysia yang diadakan sebelum ini untuk merasai suasana kejohanan esports yang bertaraf kebangsaan.
Liga Jelajah Juara Esports Malaysia 2023 adalah komponen fasa 2 bagi program Jelajah Juara Esports 2023 yang telah dianjurkan diseluruh negara sepanjang bulan November dan Disember yang lalu.
Kejohanan ini telah disertai oleh pasukan-pasukan Mobile Lagend Bang Bang (MLBB) bawah dari 16 buah negeri dan wilayah persekutuan yang diadakan secara bersemuka di Dewan Banquet Casa 4, MSN bermula dari 25 hingga 30 Disember 2023 yang lalu. Ia juga melibatkan kejohanan bola sepak 7 sebelah yang juga disertai oleh peserta-peserta yang sama.

Pegawai Eksekutif MSN, Mohd Syazwan bin Mohd Hanafie menyifatkan kejohanan itu mencapai objektif yang diharapkan dalam usaha melahirkan juara baru dan menjadi pemain e-sukan profesional satu masa nanti.
“Kejohanan Jelajah Juara E-Sukan Malaysia ini adalah kejohanan yang julung kali di adakan yang membabitkan 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan.
“Pemain terbabit berumur 17 tahun ke bawah dan dipilih sendiri bagi mewakili persatuan e-sports negeri masing-masing,” katanya.
Senarai Pemenang :
MLBB
Johan : Terengganu | RM 5000, Piala Pusingan, Medal
Naib Johan : Pulau Pinang | RM 3000, Medal
Ketiga : Selangor | RM 1500, Medal
Keempat : Kelantan | RM 1000
Kelima : Sabah | RM 500
Keenam : Melaka | RM 500
Bola Sepak 7 Sebelah :
Johan : Selangor | RM 1500, Piala, Medal
Naib Johan : Kedah | RM 800, Medal
Ketiga : Putrajaya | RM 500, Medal
Keempat : Johor | RM 200





Add Comment