
PARIS Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid kini dilihat serius untuk mendapatkan tandatangan pemain pertahanan Chelsea, Antonio Ruediger yang akan tamat kontraknya pada penghujung musim ini.
Ruediger menjadi sasaran banyak kelab ketika ini disebabkan pemain pertahanan Jerman itu akan meninggalkan kelab secara percuma, selepas kontraknya yang tamat pada penghujung musim, masih belum disambung.
PSG dan Real Madrid dikatakan kini berebut untuk mendapatkan tandatangan pemain yang musim lalu membawa Chelsea merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara. Chelsea sendiri cuba mempertahankannya, dengan terus berunding.
Sebelum ini, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memaklumkan kelab itu pada masa ini masih cuba mengekalkannya.
“Saya tidak dapat meramalkan masa depan dan saya tidak tahu sama ada wakilnya sudah bercakap dengan kelab lain atau tidak.
“Sudah tentu, masih ada peluang. Ini baru Januari dan dia belum menandatangani kontrak baharu, tetapi kami sentiasa berkomunikasi dengannya, ketika kelab bercakap dengan pemainnya.” kata Tuchel, dipetik Daily Mail.





Add Comment